Langkau ke kandungan utama

Masihkah cinta? 3

assalamualaikum. selamat membaca sambungan Masihkah Cinta. detik pertemuan hero dengan heroin. harap suka. dah suka, boleh la like ke, komen ke. nak suruh tambah apa2 ke hehe.... ciao dlu. oh ya. kak sofi masuk dengan amar. doakan agar penulisan ssr berjalan lancar, ya!


3



“Mmm, cantiknya anak umi! Dah lama sangat umi tak tengok muka kamu yang berseri macam ni, Tina. Sesuai sangat baju kebaya tu dengan tubuh kamu. Tak ketat, tak longgar. Elok-elok aje. Kerongsang pun sesuai. Baru beli?” tanya Maheran sambil membelek-belek kerongsang sederhana besar yang digunakan Qistina untuk pinkan tudungnya.


“Tak nampak ‘over’, kan, umi?”


“Hisy, kamu ni! Over apa? Okey lah tu!”


Pada ketika itu, bunyi hon kedengaran.


“Kamu bersiaplah. Biar umi yang jemput diorang masuk.”


Qistina hanya mengangguk. Diapun bukannya hendak berlama-lama di hadapan cermin rias ini. Dia ingin menyapu gincu di bibir. Mula-mula disapukan minyak zaiton untuk melembapkan bibir yang nipis. Kemudian dia mengambil penggaris bibir dan melakar bentuk di luar bibirnya supaya ia kelihatan penuh. Langkah ketiga, dia menggunakan gincu bibir Avon Mega Impact, Fuchsia Fun dan melarikannya secara melintang dan menegak di atas bibir. Siap. Dan, dia amat berpuas hati dengan penampilan dirinya kini.


Anak comel itu memandang ibunya yang baru keluar daripada bilik utama. Di atas ribaan neneknya, dia sedang enak menikmati secawan susu berperisa coklat, Dutch Lady, 1 2 3. Umurnya kini sudah 3 tahun. Dan, wajah anak lelaki comel ini mirip benar dengan wajah ibunya yang redup.


‘Uwaisy duduk baik-baik, ya! Jangan susahkan nenek, tau!” pesan Qistina kepada anak lelakinya itu.


“Kau ni kedekutlah, Tina. Apa salahnya kalau kau bawak Uwaisy sekali? Budak comel ni tentu dapat menarik perhatian semua orang, tau!”


Qistina memandang wajah temannya itu. Siti Haida tersengih membalas pandangannya. Norsya, seorang lagi kawannya sedang mengacah Uwaisy. Anak kecil itu ketawa mengekeh-ngekeh.


“Betul, Tina. Kalau kita bawak Uwaisy sekali, kan best?” Norsya menambah.


“Hari tu, masa aku bayar, kenapa korang tak cakap apa-apa? Kalau masa tu korang cakap, bagus jugak. Boleh tolong bayarkan sorang separuh! Ingat RM79 tu murah? Cekik darah punya alumni. Tak pergi, kata kita sombong. Bila pergi, macam inilah! Punya mahal diketuknya kita.” Qistina merungut, menyebabkan kawan-kawannya ketawa geli hati.


“Mana tak mahal, weh! Buat di Kelab Golf Diraja Selangor. Dan, kita ni dah lambat. Lebih baik kita pergi sekarang!” kata Siti Haida sambil menyalami tangan Maheran.


“Babai, sayang!” Qistina mencium dahi anaknya. Susah juga hati hendak meninggalkan ibu dan Uwaisy tapi atas desakan ibunya, dia mengakui bahawa sudah tiba masa untuk dia keluar daripada kepompong kesedihan. Sudah tiba masa untuk dia memulakan hidup baru. Yang lebih ceria dan bahagia. 3 tahun...jarak masa yang terlalu lama untuk membiarkan diri terus menerus dalam kemurungan!

............

Rimas dengan hingar bingar di dalam “banquet hall”, tempat di mana acara diadakan, Qistina melangkah keluar. Lagipun, dia sudah malas hendak menjawab soalan-soalan peribadi yang ditanya. Cukuplah sekadar kawan-kawannya di Cosmopoint ini dahulu mengetahui bahawa dia seorang janda. Dia malas hendak menceritakan apa yang berlaku. Terpercik air di dulang, tentu kena muka sendiri. Untuk apa diwar-warkan kepada dunia tentang kemusnahan dulu?


Tidak sedar, kini dia sedang berdiri di Garden Terrace. Memerhati pandangan yang mengasyikkan di tengah-tengah padang golf di mana ianya bersinar indah dengan lampu-lampu neon kekuning-kuningan. Walau sudah berusia lebih 100 tahun, kelab golf ini masih merupakan kelab golf terunggul di Malaysia. Tidak menghairankan pun, bila kos penyelenggaraannya mencecah jutaan ringgit, fikirnya.


“Hmm, very nice smell, darling! Elizabeth Arden? Chanel?”


Tiba-tiba Qistina dikejutkan oleh satu bisikan yang terlalu rapat di telinganya. Hembusan nafas yang hangat meremangkan bulu tengkuknya. Qistina segera menjauhi diri daripada tuan punya suara yang begitu biadap perlakuannya. Nyaris sahaja hidung lelaki itu tidak menyentuh pipinya.


Panas hatinya melihat lelaki itu ketawa. Ketawa yang mengeluarkan bau masam dari mulut. Sedarlah dia bahawa lelaki ini sedang mabuk. Dia tidak tahan. Rasa meloya tiba-tiba. Lalu kaki diaturkan untuk melangkah pergi.


“Hey, you! Kenapa?” Lelaki itu yang perasan tingkah Qistina, mengangkat tangan dan mencium bau ketiaknya. 


“Badan aku tak berbau pun! Ketiak ni tadi dah pakai dashing, tau!” omelnya sambil tergelak-gelak. 


Qistina menggeleng. “Bau mulut awak tu yang saya tak tahan. Busuk! Masam! Bau arak, kan? Awak minum arak?” tanya dia, tidak menyembunyikan rasa hairan.


“Alah, aku minum sikit aje tadi!” selamba dijawab oleh si dia tanpa ada rasa atau riak bersalah.


“Owh, minum sikit tak berdosa, ya?” sindir Qistina. 


Lelaki itu menarik sengih sambil mengeluarkan sepuntung rokok lalu menyedutnya. Tanpa sedikitpun rasa bersalah, dihembuskannya asap rokok itu ke muka Qistina. Apa lagi? Qistina sudah terbatuk-batuk lalu bergerak menjauh.

Mata lelaki itu mengecil. Laju dia bertanya. “What now?”


“Saya tak boleh tahan bau rokok awak tu!” tulus Qistina memberitahu. 


“Wah, banyaknya masalah kau! Aku minum arak kau sentuh soal dosa pahala. Aku hisap rokok mulalah kau cakap kau tak tahan bau rokok aku pulak. Kau ni kenapa? Nak tunjuk alim kat aku eh?” Lelaki itu mula menunjukkan kemarahannya.


Qistina mengukir senyum. Pelik lelaki ini, fikirnya. Nampak macam mabuk tapi boleh pula dia mengomel begini? Dah tu, muka bukan main handsome tapi ceteklah pula pengetahuan agamanya. Atau sengaja berpura-pura cetek? Ramai manusia yang hipokrit begini. Menggadai agama demi mencapai keinginan dan kehendak. Halal dan haram sering ditolak ke tepi demi memastikan maksud terlaksana.


Qistina bergerak menghampiri lelaki itu. Sepasang mata lelaki itu ditatap seketika sebelum dia membalas.

“Maaf, kalau awak kecil hati dengan sikap saya. Tapi, antara kita berdua, awak yang ada masalah, bukan saya. Tentang dosa pahala tu, saya cuma nak ingatkan awak saja  yang minum arak tu berdosa. Awak nak dengar, dengar! Tak nak dengar, nak terus minum jugak sampai tungging terlentang, itu hak awak. Saya tak campur. Dan, untuk pengetahuan awak, saya memang tak tahan bau rokok. Tak larat nak sedut asap yang berkepul-kepul tu. Salah ke kalau saya nak sedut udara yang lebih bersih?"

"What? Maksud kau aku ni pengotor?"

Qistina angkat bahu.

"Kau ni!!!"

"Apa? Salah saya ke bila saya cakap yang saya sungguh-sungguh tak tahan dengan bau busuk masam tu? Tadi, bau tu buat saya rasa nak muntah. Perut saya ni pun sedang mual sekarang. Kepala saya ni pun dah berpinar, tahu tak? Jadi, lebih baik kalau saya tinggalkan awak. Bukan nak tunjuk alim ke apa! Saya tak layak lagi hendak menilai orang lain, awak!"

"Eleh, kau ni kan saja aje nak menyakitkan hati aku, kan? Saja nak tuduh aku..."

Qistina laju memintas. "Saya rasa, awak lebih tahu tentang halal dan haram, kan? Lagipun, awak berdosa dengan Allah, bukan dengan saya. Buat apa saya hendak menasihati awak? Buat apa nak ambil tahu hal awak. buang karan aje!" 

Qistina berlalu dari situ seberapa cepat yang boleh. Malas nak tengok muka handsome tapi berlagak poyo itu. Meluat!

Mifzal Luqman terpaku di tempat dia berdiri. Dalam keadaan kepala yang berombak dan pusing kerana telah meneguk air haram itu, dia masih mampu menyerap kata-kata wanita yang tidak dikenalinya tadi. Aduh, rasa pedih jantungnya! Walau lembut, sindiran itu meresap jauh ke lubuk hati. Tiba-tiba sahaja, asap rokok yang disedut terasa pahit menujah kerongkong. Tiba-tiba sahaja, nafas dihembus ke telapak tangan dan dia mual sendiri.

 “Hmm, busuknya!! Masam!! Patut pun dia lari! Cehh!”

Ulasan

  1. akhirnya tina bangun juga utk meneruskan hidup.. buktikan pada mereka yg diri tu kuat utk mengharung dugaan..jgn lemah kerana kemusnahan yg terjadi...buktikan yg qistina tak salah..

    kak sofi..
    ape yg sbnar terjadi.. dari gaya safiy mcm masih sygkan qistina tp masih sanggup lemparkan tuduhan yg tak berasas.... ada something yg memaksa dia ker??

    BalasPadam
  2. ~sy setuju ngn miznza84..
    huhu.. sth yg terjadi di sebaliknya..
    dan ada kaitan ngn keluarga si bekas suami ke.~??

    BalasPadam
  3. ye le ..apa yg terjadi sebenarnya?ke safiy ni ikut cakap mak ayah dia....ye le sbb anak ke...tp kan benci betul le lelaki mcm safiy ni....sanggup dia fitnah isteri mcm tu.....tp nampak mcm masih sayang kan.....kan dia kata ..abg x bermaksud...... tp kenapa buat mcm tu?tertanya?

    BalasPadam
  4. mak safiy eh kejam??
    hehe..
    suka hati je tuduh en??
    tapi rasa mcm mak safiy uh suruh ceraikn qistina..
    sbb...err??
    hehe..[suka2 nak teka~]
    btw, sedih laa jln cite ni ...

    BalasPadam
  5. @miznza84
    salam nza, hehe..saspen ya? okey tunggu episod seterusnya, ya!

    BalasPadam
  6. @nabila
    bersabarlah, anda akan tahu juga nanti, ya!

    BalasPadam
  7. @widad ibtisamnur
    mmg sengaja nak bagi anda tertanya2 huhu

    BalasPadam
  8. @cik applemints
    geram jangan engkau geram... hehe

    BalasPadam
  9. @nabila salam...nabila kalo btul sume yg terjadi mcm yg disangka disebabkan keluarga mertua yg buat si safiy amik tindakan mcm ni.. dia memang bukan lelaki yg sesuai utk dijadikan ketua sekaligus seorang suami.. bawak main amanah Allah utk bimbing dan melindungi seorang isteri..memang patut kalo si Qistina benci kan dia...

    kak sofi ....sambung cepat2 kak.. hati sudah panas ni...

    BalasPadam
  10. @miznza84
    hehe.. mcm2 nza ni..papepun..harap bersabar!

    BalasPadam
  11. kak sofi...huhuhu banyak yer novel nak kene keep trackkkk.... tapi tak per best...

    BalasPadam
  12. wah.......gempak ni!!!!!!!!!!!!!confirm,....sure...pasti....akak follow!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  13. @Kak Mah
    x banyak sangat.. hehe... selamat membaca

    BalasPadam
  14. geram geram sgt dgn safiy nie... xcited terlampau nie maw taw apa yg berlaku pada drg nie..kejam sgt la kenyataan tu sian plak kat tina...harap 2x endingnya nnti biarla mereka terus bersama.....

    BalasPadam
  15. @dontbelong2u
    memang kan, geramm sangat dengan safiy

    BalasPadam
  16. hmmm...berat sungguh tuduhan Safiy pada Tina..
    walaupun x suka tapi janganlah tuduh perkara yang Tina nak buat...
    geram sungguh kat Safiy...kenapa x berani sahut cabaran Tina...takutlah la tu...
    kesian kat Tina...xpe Tina seed169 akan sokong...
    Chayok...chayok...ganbatte...hoitit...

    BalasPadam
  17. @seed169
    ya, mmg ada lelaki yang begini dalam hidup kita, betul tak? teruskan mengikuti mc, ya..

    BalasPadam
  18. napa safly tak cerai talak 3 apakah suatu hari nanti safly ingin kembali kpd qistina

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…