Follow Us @soratemplates

4.1.14

Masihkah cinta? 1

1
Noor Qistina binti Qayyum, berusia 23 tahun. Dia seorang suri rumah sepenuh masa walaupun dia merupakan pemegang ‘Diploma in Sales and Marketing’ daripada Kolej Teknologi Cosmopoint, Kuala Lumpur. Seorang wanita yang genit, bertubuh kecil dan berkulit kuning langsat. Dia seorang yang ceria, anak kepada pasangan Qayyum dan Maheran. Dia memang berasal daripada Kuala Lumpur walaupun kini ibunya menetap di Cheras dan ayahnya tinggal di Seremban. 

 Safiy Zahidi bin Mukhtar ialah suami Noor Qistina. Safiy berumur 25 tahun. Dia baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Senibina Landskap di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur. Kini, dia bekerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai perekabentuk landskap. Tugas yang mencabar untuk seorang yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.

Mereka berkahwin tiga tahun dahulu. Itupun kerana mengikut kemahuan nenek Qistina, Puan Ainun yang ketika itu mengidap kanser. Puan Ainun teringin sangat melihat cucunya menaiki pelamin. Walau ibubapa masing-masing tidak begitu gembira dengan permintaan si nenek, mereka terpaksa menurutinya apabila doktor memberitahu bahawa penyakit kanser yang dihidapi wanita itu sudah di peringkat kritikal. Mujurlah juga mereka akur, kerana sebulan selepas diijabkabul, Puan Ainun meninggal dunia.

Sepanjang tiga tahun berkahwin, pasangan suami isteri ini amat bahagia. Biasalah jika ada pertengkaran kecil, sedangkan lidah lagi tergigit. Semakin hari, semakin subur cinta di dalam hati, itu pengakuan mereka masing-masing. Semakin hari, semakin sayang. Ucapan rindu sering bertamu. Ucapan sayang sering didengar. Sering diucap. Tidak ada kesangsian. Tidak ada rasa cemburu.

Safiy sangat mengambil berat keadaan isterinya. Ketika Qistina diuji dengan berita perceraian ayah dan ibunya, Safiy sentiasa di sisi, memujuk hati yang kecewa. Berat ujian yang Qistina terima, dia turut merasa tempiasnya. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni, kata orang.

Kerana rasa sayang itu juga, Safiy tidak membenarkan Qistina mengandung lagi dalam masa terdekat setelah isterinya itu keguguran sebanyak 2 kali. Dia bimbangkan keadaan isterinya yang lemah. Lebih dia risaukan bila Qistina murung setiap kali mengenangi nasibnya yang tidak mampu mengandung dengan sempurna.

Hari Isnin merupakan hari yang sibuk untuk Qistina. Dia kini sedang berada di dapur, menyediakan sarapan pagi untuk suami yang hendak ke pejabat. Seperti biasa, Safiy suka makan makanan berat di sebelah pagi. Jadi, hari ini, dia sudah menyediakan nasi lemak kukus.

Semuanya sudah terhidang di atas meja. Hanya nasi lemak yang belum dimasukkan ke dalam pinggan. Ayam goreng berempah, lauk sambal tumis udang dengan nenas, ulam-ulaman sudah tersedia. Air milo juga masih panas. Hanya menanti Safiy turun dari tingkat atas, rumah teres yang mereka diami. Rumah itu adalah hadiah daripada bapa mertuanya, hadiah perkahwinan mereka dahulu.

Melihat ke arah jam, hati menjadi keliru. Tidak bekerjakah suaminya hari ini? Jam sudah pukul 7 pagi namun kenapa masih tidak turun-turun lagi? Tanya hati. Entah-entah sudah tertidur semula lepas sembahyang subuh tadi tak? Dia meneka. Pipi merona kemerahan mengingati kejadian malam yang berlalu. Hmm, tulah, kerja keras sangat semalam, bisik hati sambil senyuman bahagia menguntum, menceriakan wajah. Tak jadi ni, baik aku pergi tengok dia. Hai, entah apalah yang dibuat oleh encik Safiy ni...

Ketika kaki ingin melangkah menaiki tangga, Qistina dapat melihat kelibat suami yang baru keluar dari bilik. Rasa lega menyebabkan dia hanya menunggu Safiy turun. Bagaimanapun, dia menjadi hairan melihat keadaan suaminya.

“Abang? Tak kerja ke hari ni? Kenapa pakai seluar jeans dengan t-shirt aje tu? Dan, beg tu? Ke mana abang nak bawak beg pakaian tu? Apa isinya?” tanya dia dengan panjang lebar. Dia sungguh-sungguh kehairanan.

Safiy meletakkan beg pakaiannya di tepi pintu. Dia kemudian menghampiri isterinya. Dahi Qistina dikucup lembut dan lama. Dia kemudian memimpin tangan Qistina untuk duduk di atas kerusi. Sebaik mereka duduk, dia menghulurkan sepucuk sampul surat kepada Qistina.

Qistina membuka dengan tangan sedikit terketar. Sebaik menatapnya, dia rakus membaca apa yang tercatat.

Ketika itu, dia mendengar lafaz yang tidak terduga daripada Safiy...

“Noor Qistina binti Qayyum. Dengan ini, aku, Safiy Zahidi bin Mukhtar menceraikan dikau dengan talak 1.”

Safiy terus bangun. Dia ingin menuju keluar. Dia tidak sanggup menatap seraut wajah itu lagi. Dia benar-benar tidak sanggup!

“Abang? Kenapa? Apa salah Tina? Apa yang Tina dah buat? Apa semua ni? Tolong jelaskan? Tina tak faham?”

Safiy tidak mampu hendak menolehpun namun dia gagahkan diri. Dia cuba berlagak tenang.

“Di mahkamah nanti, semuanya akan terjawab, Tina. Kita jumpa di sana saja.” Ujarnya sambil berpaling.

Qistina berlari mendapatkan Safiy. Tubuh lelaki itu dipeluknya daripada belakang. 

“Jangan pergi! Jangan tinggalkan Tina. Kalau Tina ada buat salah pada abang, Tina mintak ampun, bang. Tapi, jangan buat Tina macam ni! Tolonglah! Kesian pada Tina, bang. Pleasee....” rayunya.

“I have nothing to say to you now. Kita jumpa di mahkamah syariah, lusa. Lepaskan abang!”

“Tidak! Tina tak akan lepaskan abang. Tina tak izinkan abang pergi. Abang tak boleh pergi. Tak boleh!”

Safiy tidak mempedulikan. Tubuh isterinya direnggangkan dari tubuhnya. Walau berkali-kali Qistina memeluk, mendakap, meminta supaya dia tidak ditinggalkan, Safiy tetap melangkah, menjauh, meninggalkan! 

Ya, dia pergi meninggalkan Qistina dalam tangisan yang tidak berkesudahan.

12 ulasan:

  1. hah pe ni???
    next n3 pplease!!
    p/s: eh rajin plk aku mengomen kat cni ya!!
    jgn mrh kak=)

    BalasPadam
  2. uh oh.. cerita baru.
    ni yang makin sayang ngn kak sofi nih. hehe.. :)

    BalasPadam
  3. aduh! kenapa awal2 dah sedeh nie???? hmmm lain n3 sekali ni.

    BalasPadam
  4. yeaahhh ada cite baru...thanks kak
    aduh kenapa rumah tangga yg damai tiba bergelora...
    ada orang ke3 org safiy diugut ceraikan qistina..
    suspen....

    BalasPadam
  5. eh?? pesal si safiy ni? tetiba je?

    BalasPadam
  6. salam masyimalo, hajar, ahh, nza and hana aniz..selamat membaca citer baru kak sofi. harap anda suka

    BalasPadam
  7. kesian dekat qistina...kenapa tetiba ja Safiy menceraikannya...
    xde angin....xde ribut...
    dah lah tu awal pagi pula tu...

    BalasPadam
  8. nnt akan dihuraikan...hehe

    BalasPadam
  9. salam kak sofi.
    best kak!!teruskan...huhu tapi cam cita air mata, ni kena ready tisu bnyak2 nih.

    BalasPadam
  10. erkkk...apekah??
    d suruh cerai ke??
    ape2 pn..sy folooo..

    BalasPadam
  11. ala apa hal kena cerai apa salah Qistina tak da cpt smbung xsabar nak tahu kenapa ...kenapa smpai hati Safly

    BalasPadam
  12. wslm, ozzy...mmg cadang nak buat citer sedey ni. hehe opps gelak pulak..
    sha, thanx...sudi follow
    anonymous, tentu ada sbb, kan? tunggu!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.