apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.12.10

maal hijrah


TAHUN baru Islam bakal tiba pada hari Rabu, Selasa, 7.12.2010 nanti. kita sentiasa ingat untuk menyambut 1 januari setiap tahun. Namun bila menyambut maal hijrah, yang melibatkan penghijrahan rasul kesayangan, Nabi Muhammad saw, kenapa kita sering melupakannya? 

aku rasa, mulai muharram kali ini, marilah kita melakukan hijrah. kembali merenung apa yang sudah kita lakukan; yang sudah tercapai mahupun yang masih terbengkalai sebelum maghrib, hari selasa nanti. kita semua tahu, masa tidak pernah menunggu kita. makin dikejar, makin pantas dia pergi menjauh. kita tinggal sambil mengimbas semula semua kejayaan mahupun kekecewaan kita.

ingat dan mengenangi kejayaan, tentu sahaja menzahirkan senyum yang tidak lekang dari bibir. bila yang gagal melintas di fikiran, kita tak bisa mengelak diri daripada merasa hampa dan kecewa. namun, kita harus bertekad untuk tidak berputus asa. gagal sekali bukan gagal untuk selamanya. gagal merupakan langkah ke arah kejayaan. yang penting, kita mesti terus kekalkan matlamat serta iltizam untuk memperbaiki kelemahan diri.

sambutan maal hijrah ini perlu menjadi titik tolak untuk kita merangka perancangan masa hadapan. sungguh, kita tak tahu apa yang menanti kita nanti, entah hidup lagi ataukah mati sebelum menikmati kejayaan. pokok pangkalnya, jika kita berusaha ke arah kebaikan maka kesudahannya pasti baik. tapi jika kita tiada perancangan rapi dan terus membiarkan diri leka dan alpa, sudah pasti kita akan kecewa. 

ingat ini..., 

"semoga esok, aku lebih baik daripada hari ini kerana aku tahu, hari ini, aku lebih baik daripada semalam!"

muharram adalah bulan pertama yang menjadi titik tolak bagi melakukan penghijrahan hati, minda dan mengubah tabiat buruk kepada acuan hidup yang diredai. ini kerana, hijrah rasulullah dan kaum muhajirin adalah lambang kesungguhan dan pengorbanan umat Islam di Makkah ketika itu yang sanggup bergadai nyawa, harta benda dan segala-galanya demi mencari keredaan Allah. peristiwa hijrah adalah lambang kebijakan dan perancangan strategi yang licik dan terancang, yang membuktikan Nabi Muhammad s.a.w turut sama-sama berkorban mengharungi segala kepayahan walaupun sebagai kekasih Allah, Baginda boleh saja membuat pelbagai permintaan untuk menyelesaikan segala tugas sukar yang dihadapi.

baca lagi di dalam...... metro

2 ulasan:

  1. Salam ...

    Pembetulan 7.12.2010 bersamaan hari Selasa bukan hari Rabu.... harap maklum

    BalasPadam
  2. salam nora.. terima kasih atas kepekaan. sudah dibuat pembetulan dah.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.