Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

terharu aku membaca coretannya. terharu aku mendengar pengakuannya. dan, aku mengkaguminya. dia sangat tegas pendirian. dan, aku mendoakan,...

MAAFKAN AKU KERANA......

By Disember 19, 2010


terharu aku membaca coretannya. terharu aku mendengar pengakuannya. dan, aku mengkaguminya. dia sangat tegas pendirian. dan, aku mendoakan, dia ketemu lelaki sepadan...... 

ini kisah dan pengakuan seorang gadis berhati suci. namanya, biarlah kita panggil puteri. keistimewaan puteri ialah, dia sentiasa berdoa supaya tidak jatuh hati pada lelaki yang sudah berpunya.

namun Allah menguji. 

dia jatuh cinta dengan suami orang bernama agus. jenuh dia cuba melupakan. jenuh memujuk hati yang lara. jenuh mengelak namun agus tak reti bahasa. sudah berbuih mulut puteri melontarkan kata-kata perpisahan tetapi nampaknya agus sengaja tidak mahu mengerti.

begitu dilema yang harus dilalui. puas dia meminta agar agus faham akan situasi, sayangnya lelaki itu enggan tunduk kepada permintaan puteri.

"saya ralat kerana Allah telah menganugerahkan dia dengan seorang isteri yang cukup sempurna. isteri yang telah melahirkan zuriat-zuriat yang comel dan melengkapkan sebuah kehidupan yang bahagia bersama keluarganya. tetapi kenapa dia masih mencari yang lain? apa lagi yang kurang? sebagai wanita, saya sedar akan parahnya apabila hak kita diambil orang. saya harap agus akan faham dan kembali kepada kenyataan yang dia telah beristeri dan mempunyai anak," puteri meluahkan. 

sukarkah untuk agus akan menjaga amanah yang Allah berikan kepadanya dengan baik? tidakkah dia sedar bahawa di situ adalah cahaya hidupnya?

"saya berdoa agar agus tidak mensia-siakan perjanjian yang telah dilafazkan di hadapan saksi dan wali kerana syaitan memang sukakan kehancuran," pintanya tulus. 

sebagai wanita, kata puteri, dia punya hati dan perasaan untuk dicinta dan mencintai tetapi dia tidak mahu dicintai lelaki yang sudah beristeri. 

"saya menolak cintanya kerana tahu dia sudah berpunya, ada tanggung jawab besar untuk menjaga isteri dan anak-anaknya walaupun mungkin rumah tangganya telah suram."

tapi itulah, mungkin merasa tercabar, si agus ini tidak mahu mengalah. dia terus juga mencuba memenangi hati puteri. mujur puteri berkeras dengan pendiriannya. 

"saya nekad tidak akan tunduk kepada pujukannya. Saya tidak mahu melukai hati orang lain. biarlah saya dengan kehidupan saya dan dia kembali kepada yang berhak," 

seandainya tiada lagi cahaya yang menerangi kehidupan, mohonlah dari Ilahi kerana segalanya milik-Nya yang sentiasa mendengar permohonan atau doa dari hamba yang kerdil. kata puteri, setiap insan diberi pilihan untuk menentukan hala tuju hidup masing-masing. rebutlah peluang yang masih tersedia tetapi jangan mencampakkan diri dan keluarga ke lembah kebinasaan.

"keluarga saya berhajatkan yang terbaik dan sebuah impian yang sempurna di dunia dan akhirat, ia bukan memecahkan hubungan kasih orang. saya tidak akan mencari bahagia di atas air mata orang lain. cuba renung di luar sana, berapa ramai yang kehilangan orang-orang yang tersayang kerana masalah yang sama?'' 

mungkin agus pura-pura tidak faham akan maksud amanah kerana asyik berangan untuk mencari 'teman' baru. arghh, biasalah...lelaki!

kepada agus, puteri menasihatinya agar melupakan sahaja segala angan-angan. usah mengejar bayang-bayang yang merupakan agenda sia-sia kerana di penghujungnya tiada kesudahan dan kebahagiaan. percayalah kepada takdir dan jodoh pertemuan itu di tangan Allah. 

menolak ajakan agus agar puteri bersemuka dengan isterinya, puteri berkata, "tidak manis untuk saya bersemuka dengan isteri anda. sebagai seorang isteri, dia akan kecewa dan tercalar emosinya. tangisan seorang isteri akan berlarutan."

ujar puteri, segala kenangan akan disimpan, segala impian akan dilupakan. yang penting ia menjadi pengajaran untuk sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang.

ingatlah agus, pada saat kehancuran akan berlaku, hanya air mata yang akan menitis dan kekesalan tidak mungkin dapat mengembalikan anugerah dari Ilahi.

"MAAFKAN AKU KERANA MENOLAKMU," itu kata-kata akhir puteri buat agus, lelaki yang pernah singgah di hatinya.

semoga menjadi iktibar untuk kita semua dalam melayari bahtera cinta di alam rumahtangga. 


sumber...utusan

You Might Also Like

2 comments

  1. kak sofi, saya terharu ni membaca artikel ini. Mmg mulia sungguh hatinya, moga Allah akan temukannya dgn yg lebih baik dan akan menjaganya dan membahagiakannya,kerana waktu ini dia tidak ingin kebahagian org lain runtuh.

    BalasPadam
  2. @niah
    insyaallah, dia akan bertemu lelaki yang jauh lebih baik daripada buaya darat tu. memang dia perempuan yang istimewa.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.