Langkau ke kandungan utama

'log out' lepas guna, okey!

salam. sekali lagi, kita membaca tentang havoc yang dicetuskan oleh facebook. kalau kelmarin, facebook dikatakan sebagai media yang menyebabkan status perceraian tertinggi berlaku di malaysia, hari ini, kita dikejutkan pula oleh satu berita memfitnah! bacalah...

IPOH: Berang selepas akaun laman sosial Facebook miliknya diceroboh, seorang guru tampil membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam bagi membolehkan satu siasatan dibuat untuk mengesan penceroboh terbabit.

Lebih mengaibkan, penceroboh menggunakan akaun laman sosial guru berkenaan dan memaparkan komen di laman peribadi guru itu termasuk membuat pengakuan pernah meraba punggung pelajar lelaki dan perempuan selain fitnah lain yang mencemar maruahnya.

Isnin lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina memaparkan komen yang terdapat pada Facebook guru berkenaan serta mendapatkan kenyataan guru berkenaan mengenai perkara itu. Bagaimanapun, guru berkenaan, Lim Beng Lee, 42, yang mengajar di Sekolah Menengah Poi Lam (Suwa) menafikan perkara itu dengan mendakwa akaun Facebooknya diceroboh dan penceroboh turut memalukannya dengan memaparkan komen berunsur fitnah.

Menurutnya, dia kesal dengan laporan akhbar berbahasa Cina berkenaan kerana mendakwa dia mengakui terbabit dalam semua fitnah dipaparkan dalam laman peribadi itu hingga mencemarkan maruahnya termasuk pihak pentadbiran sekolahnya. Katanya, pada mulanya dia marah dengan paparan berita itu kerana tersebar ke seluruh negara, namun akhbar berkenaan sudah memperbetulkan kesilapan itu Selasa lalu.

“Saya menyedari akaun Facebook diceroboh pada 28 November lalu selepas gagal memasukinya kerana penceroboh menukar kata laluan. Sebaik gagal, saya memasuki satu lagi akaun Facebook saya bagi melihat akaun yang diceroboh itu dan terkejut melihat komen fitnah dipaparkan. Saya mengakui tersilap kerana membiarkan akaun berkenaan tanpa mendaftar keluar terlebih dulu menyebabkan penceroboh memasukinya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Pengetua Suwa, Leon Ping Chow, 54, berkata, gara-gara fitnah membabitkan gurunya itu, imej sekolah berkenaan tercalar, malah ada sebahagian ibu bapa pelajar yang mahu menukarkan anak mereka ke sekolah lain kerana bimbang fitnah terbabit.

“Ketika ini, kami tetap menyokong Beng Lee bagi menghadapi fitnah yang tersebar itu dan mengembalikan keyakinannya,” katanya.

Semalam, hampir 30 orang termasuk pelajar dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa pelajar hadir pada majlis pertemuan khas bagi menjelaskan kekeliruan dan fitnah itu selain memberi sokongan kepada guru berkenaan.

apa pengajarannya pada kita kawan-kawan? mudah aje. 

1. sentiasa rajin log out setiap akaun termasuk blog, fb, online banking whatsoever, okey!
2. berhati putihlah! tolong, janganlah asyik hendak memburukkan orang, membuat fitnah, menuduh...tak baik tuu!!
3. kalau berani, bila tak suka pada seseorang, bersemukalah! nyatakan ketidak puasan hati. jangan umpat di belakang. dosa!! kan? 

terima kasih...harian metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…