Follow Us @soratemplates

14.12.10

LISA SURIHANI


cantik, manis, anggun... semua yang baik-baik sahaja yang mampu diungkapkan tentang dia. aku masukkan kisahnya kali ini kerana aku suka pada cara dia menjawab pertanyaan yang wartawan kemukakan. 

aku ambil jawapan2 lisa yang ada dalam berita harian. 

humble ~

“Lisa sedar setiap kemenangan itu akan menjadi cermin kepada jangkaan lain di kalangan masyarakat mahupun pemerhati seni. Namun Lisa menghargai setiap pengiktirafan yang datang dengan lapang dada. Cuma gelaran terbaik itu tidak bererti Lisa sudah cukup baik."

tegas ~
“Tiada tekanan untuk saya atau jauh sekali menganggap kejayaan ini sebagai permulaan badi yang kurang elok. Lisa masih seperti dulu dan akan terus melakukan yang terbaik. Tapi Lisa sedar, untuk memuaskan hati semua pihak ia memang satu perkara yang mustahil.

positif ~
“Lisa kena kekal positif. Kalau ada teguran yang datang, Lisa akan memperbaikinya. Lisa percaya kepada ketentuan Qada dan Qadar. Jika bukan rezeki Lisa sekalipun, itu tidak bererti yang Lisa akan terus berputus asa. Cuma Lisa akan reda dan mencari alternatif lain.”

memberi harapan ~
“Dengan kesibukan yang saya lalui, jujur saya katakan ruang untuk jatuh cinta itu belum ada. Bayangkan adik beradik saya sendiri sudah mula bersungut yang mereka susah untuk berjumpa saya di rumah. Buat masa sekarang, biarpun berbunyi klise, biarlah saya mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga. Tapi Lisa yakin dalam soal cinta, andai tiba masanya, ia akan datang juga. Lisa boleh kata tak sunyi tanpa cinta. Sebabnya, hampir setiap masa Lisa terisi dengan pelbagai perkara termasuklah kerja berlakon. Kalau ada waktu cuti, Lisa tetap ambil kesempatan bertemu kawan lama.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.