Langkau ke kandungan utama

LAGI KEMALANGAN NGERI, 26 MAUT

rasanya baru minggu lepas aku buat entri tentang melancong ke cameron highlands. tup-tup, hari ini, sudah berlaku satu kemalangan yang dahsyat di jalan simpang pulai - cameron highlands itu. 

kata kawan-kawan yang pernah menggunakan jalan tersebut, jalan simpang pulai - cameron highlands jauh lebih selamat berbanding jalan tapah - cameron highlands. jalan tapah tu berliku-liku, banyak belok-belok, tapi jalan simpang pulai lebih lurus. 

jadi, apa masalahnya? kenapa jalanraya, lebuhraya dan semua jalan di malaysia ni asyik membunuh? 

oops, takkan salah jalan pulak kut? jadi? 


aku rasa, aku lebih meletakkan kesalahan kepada pemandu. maaflah para drebar sekelian, mintak maaf... aku terpaksa laser sikitlah! 

bagi aku, dalam banyak-banyak tempat aku dah pergi dan menetap, aku mengakui bahawa pemandu di KL lah yang berhemah. 

anda terkejut? aku cakap betul ni. 

di KL, kita boleh  saja memotong, walau dalam kesesakan dengan syarat bagi lampu, betul tak? signal dan hon amat penting. dan, jika anda pandai mengambil peluang, anda boleh sahaja memotong. sebab itu, jarang berlaku kemalangan ngeri, waktu siang hari. waktu malam, yang mana terbabas ke, terlanggar tiang ke, cuba tengok, siapa? x lain budak muda, kan? aku tak mahu menuduh tapi anda boleh tengok statistik polis. 

di hutan melintang, perak ni pula, geng muda bawa kereta macam pelesit. lampu kuning, pecut! orang depan slow, dia bunyi hon kuat-kuat. bab potong queue, usah ceritalah. lepas tu kalau dengan pemandu perempuan, biasalah perempuan, cermat, bila diorang geram... hmm siap bagi isyarat lucah lagi. aduii...

jpj dengan polis trafik ni pun satu jugak. kira nak saman aje. lepas tu kenakan RM300. bila x ada orang bayar, bagi diskaun. lepas tu heboh cakap... owh, dapat sejuta (link)


x bolehkah jpj dan pihak polis bekerjasama dalam mencari pesalah trafik yang tegar? kalau dah ada sampai 20 saman, apa cerita? gantung ajelah lesen mereka ni. inilah orang-orang yang kita takut akan menyebabkan kemalangan lagi dan lagi. bukan sedikit bilangan mereka ini di luar sana. carilah! aduii..berleter ajelah aku ni...

okey, bacalah kisah kemalangan di bawah. ikhsan dari bharian. 


IPOH: Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 orang. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf, berkata 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat dalam perjalanan ke hospital. 


Ketika nahas, bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia. 

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah menggerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok. 


Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang. Katanya lagi, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…