apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.12.10

korang melepas dalam tasik ke?



baru saja aku masukkan tentang keindahan tasik kenyir pada 21/11/2010, hari tu. lihat...sini.  tiba2 dalam metro melaporkan yang kat sana sekarang ni ada sejenis bakteria e-coli. aduii....

apa dia bakteria e-coli ni?
e-coli (sebutannya e-kolai, okey...hehe) terdapat di bahagian bawah usus organisma hidup. selalunya x bahaya tapi boleh saja menyebabkan keracunan makanan pada manusia.

macam mana boleh ada pulak bakteria ni kat tasik kenyir tu?
akibat pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha rumah bot yang menjadikan tasik buatan itu sebagai lokasi mencari rezeki. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, kebanyakan rumah bot menggunakan mangkuk tandas jenis cangkung dengan sistem ‘flushing domestik’ manakala air buangan daripada sinki dapur yang mengandungi minyak masak serta sisa makanan dibuang terus ke dalam tasik.

“Kajian dilakukan Universiti Malaysia Terengganu mendapati berlaku peningkatan bakteria e-coli dalam air di tasik itu dan ia boleh menjejaskan sumber dan hidupan air di situ. Berdasarkan hasil kajian itu, kita akan membina tandas dan menyediakan sistem buangan sisa lebih sistematik percuma kepada 37 rumah bot sedia ada serta mewajibkan rumah bot baru menyediakan sistem air buangan sebelum lesen dikeluarkan.”

sofi: jangan berak dalam tasiklah, okey! bucuk!!
=============================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.