apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.12.10

KERANA NOMBOR TELEFON


dulu mereka bercinta tapi kini dah berpisah. mungkin tidak mahu si lelaki asyik menghubungi, si gadis menukar nombor telefon bimbitnya. 

semalam, si lelaki mengekori gadis itu ke kedai makan. ketika gadis itu hendak keluar, si lelaki itu memaksa gadis berusia 23 tahun itu memberikan nombor telefonnya yang baru. si gadis enggan lalu terus menaiki motosikal untuk balik ke rumah.  

anda nak tahu lagi? bacalah....

KUANTAN - Seorang wanita cedera dipeha dan lengan kiri selepas ditikam bekas teman lelakinya di simpang jalan kawasan Bandar Jengka, Maran dekat sini.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritenden Noor Asyikin Shamsuri berkata, ketika kejadian pukul 9.30 pagi semalam itu, suspek, 28, telah pergi menemui mangsa, 23, di sebuah kedai makan.

"Ketika itu, mangsa, seorang jurujual baru keluar dari kedai makan sebelum bekas teman lelakinya datang dan meminta nombor telefon baru mangsa. Mangsa enggan beri dan terus ke motosikal sebelum beredar dari situ. Lelaki berkenaan kemudiannya mengekori mangsa sebelum tiba di simpang jalan kawasan Bandar Jengka berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka kemudianya terus bertekak sebelum suspek bertindak mengeluarkan pisau dan menikam mangsa di bahagian peha dan lengan kiri.

Noor Asyikin berkata, mangsa kemudiannya meminta suspek membawanya ke hospital. - Bernama

sumber: kosmo

2 ulasan:

  1. out of mind betul la laki tu. pasal nombor telefon pun nk bertikam tikam.. ape la nak jadi...

    BalasPadam
  2. iskh...iskh...ishk...
    ada juga macam tu...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.