Langkau ke kandungan utama

KEPUTIHAN BOLEH MENYEBABKAN MANDUL


ini sambungan kepada entri sebelum ini. terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca di luahan. niat aku, selain daripada menulis cerpen dan novel, aku berharap anda mendapat sepenuh manfaat di sini.

okey, kita tahu bahawa selagi kita ialah perempuan, kita akan mendapat keputihan, tak banyak, sedikit. bagaimanapun, wanita-wanita di bawah ini adalah lebih berisiko. siapakah mereka?

mereka ialah:-
* wanita yang menggunakan ubat antibiotik dalam jangka masa yang panjang
* wanita yang suka pakai pakaian yang ketat-ketat terutamanya pakaian dalam yang diperbuat bukan dari kain kapas
* wanita yang menggunakan pakaian yang lembap dan basah * wanita yang mengidap kencing manis - diabetes
* wanita yang sakit leukemia atau AIDS - akibat daripada sistem pertahanan badan yang musnah
* wanita yang makan pil perancang keluarga
* wanita hamil
* wanita menopaus
* wanita yang suka tukar/ramai pasangan seksual

okey, sekarang kita terus kepada cara merawat tapi anda kena ingatlah bahawa keputihan tak boleh hilang 100%. rawatan masalah keputihan ini bergantung kepada puncanya sama ada diberi antibiotik atau ubat-ubatan seperti pil yang dimakan, pessary yang dimasukkan ke dalam faraj dan ubat cuci.

sebenarnya anda hanya perlu lakukan 3 perkara di bawah sahaja:-
* menjaga kebersihan
* memakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas bagi membolehkan peluh diserap dengan baik
* tidak bertukar-tukar pasangan seksual.

haha...marah? semua ni bukan idea cikgu sofi, tau, ini doktor yang cakap. aku salin semula sahaja. jadi, pokok persoalan-nya ialah, keputihan boleh dielak/dikurangkan jika anda bersih. 

ada orang cakap, keputihan boleh menyebabkan mandul. Iya ke? dr suhaimi menjawab......

Dr. Suhaimi memberitahu, mungkin ada benarnya jika bakteria ini dapat memasuki pelvis yang mana saluran felopio (fallopian tube) dijangkiti kuman dan tersumbat. Namun, ia berlaku secara tidak langsung.

“Berdasarkan pengalaman saya, keputihan tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan punca mandul. Namun, ada kes pesakit saya yang mengalami masalah mengandung luar rahim. Puncanya tidak jelas tetapi ia mungkin berkaitan. Oleh itu, setiap wanita yang merasakan mereka mengalami masalah kesuburan atau keputihan, perlu membuat pemeriksaan doktor segera,” ujarnya.

bagi pasangan yang dah kahwin, masalah keputihan ini bukan problem isteri saja. bila isteri yang menghadapi keputihan kronik berubat dengan doktor, suami mesti juga melakukan  menjalani rawatan yang sama. kenapa? 

sebab keputihan mengganggu hubungan intim mereka dan menjejaskan perkahwinan.

mengapa ada keputihan yang sangat busuk baunya sehingga orang di sekeliling anda tidak selesa? jangan tak percaya. ada kes macam ni, tau. terpaksa  guna ayat doktorlah jawabnya, ya. 

Keputihan yang berpunca daripada jangkitan chlamydia atau gonorrhea yang keluar dengan banyak, boleh menjangkiti bahagian atas reproduktif wanita. Jangkitan gonorrhea dan chlamydia agak berbahaya kerana ia boleh menyebabkan tiub fallopian dan peranakan wanita musnah. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan seseorang wanita mandul.

Penghasilan yang terlalu banyak ini boleh merebak masuk ke dalam bahagian sistem reproduktif wanita. Apabila masalah ini merebak hingga ke bahagian atas reproduktif wanita, biasanya wanita terbabit akan mengalami demam, sakit perut berserta keputihan yang busuk, berubah warna dan gatal. 

Sehubungan itu, wanita terbabit dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan secepat mungkin, kerana ada kalanya terdapat nanah pada bahagian yang terkena jangkitan. Pada masa yang sama, keadaan ini boleh memudaratkan wanita berkenaan. Sekiranya wanita terbabit mengalami sakit perut serta demam, terdapat kemungkinan mereka telah mendapat jangkitan pada pelvik.

Jangkitan ini biasanya melibatkan rahim, tiub fallopian dan ovari yang dikenali sebagai pelvic inflammatory disease (PID).
Menurut Dr. Suhaimi, ada kalanya masalah keputihan ini sukar dirawat kerana ia berulang. 

Masalah ini bertambah sukar sekiranya:
* Suami wanita terbabit tidak dirawat
* Tidak mengamalkan ubat seperti yang dijadualkan
* Tabiat suka bertukar-tukar pasangan seksual

harap memberi manfaat pada kita semua, lelaki dan perempuan. 

Ulasan

  1. nice info..tkut la plak bca ni..wuwu..bab yg mandul tu lg la tkut..

    BalasPadam
  2. emmm...mmg la masalah ni sgt2 mengganggu semua wanita terutama yg agak kronik...

    BalasPadam
  3. @efa
    xpe, nnt akan diberitahu kaedah pencegahannya..

    BalasPadam
  4. Klau pki bengkung boleh menyebabkn mndul ke?

    BalasPadam
  5. @intan
    maaf sy numpang mampir.
    sy pernah mengalami keputihan kronis, lalu sekarang dah sembuh krn menggunakan obat keputihan alami sekaligus menambah harmonis rumah tangga saya. jika ada yg mau bisa hubungi saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…