Langkau ke kandungan utama

kehebatan mereka....



gabungan dua nama ini cukup sinonim. lagu ciptaan m nasir dan lirik oleh loloq pasti akan memukau mereka yang menghayati muzik dan lirik. walau yang seorang sudah pergi meninggalkan kita, kata perumpamaan melayu bahawa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, tidak boleh disangkal lagi. 

selain meninggalkan nama, pengkarya hebat seperti Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq juga turut membekalkan harta intelek yang hasilnya kini dinikmati balunya, Hariah Yaacob, 38 dan anak2 mereka.

Ditemui pada majlis Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) yang berlangsung baru-baru ini, Hariah yang menerima anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak bagi pihak arwah suaminya berkata, hasil royalti diterima daripada lirik ditulis Loloq membolehkan dia membiayai keperluan anak-anak tanpa bekerja. 

"Saya kini menguruskan rumah tangga sepenuhnya. Alhamdulillah anak-anak baik dan semuanya sedang membesar. Mereka memerlukan perhatian daripada saya sepenuhnya," katanya. 

Hasil perkahwinan Hariah dan Loloq dikurniakan tiga cahaya mata, Krsty Nur, 12, Jaevn Nur, 9 dan Yasha Nur, 7.

Menyentuh mengenai kemenangan Loloq untuk kategori sama selama sembilan tahun berturut-turut, jelas Hariah, ia adalah hasil usaha suaminya yang suka membaca.

Kenangan manis buat komposer prolifik, Mohd Nasir Mohamed atau M Nasir apabila tahun ini bukan saja mengungguli anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak untuk sembilan tahun berturut-turut, tetapi juga anugerah khas Nadi Cipta turut diberikan kepadanya. 

"Saya menghargai penghargaan diberikan MACP, apatah lagi ia dinilai menerusi pendapatan diperoleh menerusi royalti diterima pengkarya."

di bawah ini aku selitkan lirik lagu Nur Nilam Sari. 
lagu m.nasir, lirik loloq, penyanyi search dan awie

Pinjamkan sinarmu nur nilam sari
Buatku merempuhi malam
Kabus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang pasangkan angan
Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata
Untuk kulupakan sengsara
Berapa kerdipa
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah-asalku
Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya
Oh....mungkin....
Kalau nasibku berbeza
Aku tak mampu menilaikan dikau
Aku berani
Berani aku
Katakan dirimu itu dewi kayangan
Peperangan yang melanda diriku kini
Sudah berakhir...oh...berakhir
Kepahitan dulu bertukar
menjadi sejarah
Dan kenangan manis

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…