apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.12.10

kata maaf suami amat bererti.


dalam sesebuah rumah tangga, umpama gigi dengan lidah, akan ada waktunya lidah itu tergigit, kan? suami memarahi isteri dan isteri memarahi suami. tapi, walau marah macam mana sekalipun kita kepada seseorang tu, jangan pernah kita melupakan 2 perkataan ajaib ini. 
1. terima kasih.
2. maafkan saya.

mungkin bagi anda perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas, anda dapat membantu memanjangkan usianya?

mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama para suami. akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan kepada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.


perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau strok. namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ tekanan darahnya akan menurun secara automatiknya dan dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

sebaliknya tekanan darah kaum lelaki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan strok atau serangan jantung pada orang tersebut. jadi, sayangilah pasangan anda. jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

saya sambungkan anda ke sini , jenguklah! banyak panduan berguna untuk kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.