KASUT TUMIT TINGGI


cantik kan kasut tu? dulu waktu muda, dah tentu ada sepasang macam tu punya hehe.. memang suka! pastu jalan tonggek aje, kan? haha...


TAK tahu sama ada nak percaya atau tidak dengan apa yang diutarakan dalam satu rancangan untuk wanita ni. katanya:-


DI ANTARA FAKTA RISIKO KASUT TUMIT TINGGI. 

1. Jejaskan peluang untuk dapat anak
2.  Punca rambut gugur
3. Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
4.  Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
5.  Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid.

anda rasa logik tak, weh?

Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko. Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit. Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja." 

Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.

Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh. 


sumber: resepirahsiaku

Ulasan

  1. nseb baek tak bape berminat pkai high heel..

    BalasPadam
  2. @Nur Mudrikah
    iya ke? owh, baguslah, boleh jaga kesihatan, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen