Follow Us @soratemplates

2.12.10

kalau sedang berjalan


kalau sedang berjalan, 
jangan asyik dongak ke atas,
takut...terlanggar batu di bumi,
nanti anda jatuh tersungkur...

kalau sedang berjalan, 
anda dilanggar orang, 
jangan marah2 
entah2
anda di lane yang salah 

kalau sedang berjalan, 
anda tiba-tiba terjatuh
biarkan orang gelakkk...
sebab dulu itulah anda
suka mentertawakan orang

kalau sedang berjalan, 
datang si peminta sedekah 
jangan buat tak endah....
hulurkan sekupang dua
bagi dia ketawa...
dapat beli serawa...

kalau sedang berjalan,
nampak orang tempang,
nampak yang berkerusi roda,
lahirkan kesyukuran
kerana
kaki anda masih ada dua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.