apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.12.10

jodoh mereka kuat

ikan di laut asam di darat,
dalam kuali bertemu juga, 
sudah jodoh mereka kuat, 
dalam hospital, dinikahkan juga.

isnin lepas, asmani aziz kemalangan yang menyebabkan dua kakinya patah. itu bermaksud, majlis perkahwinannya dengan kamsiah abdul majid hujung minggu ini terpaksa ditangguhkan. 

bagaimanapun, semalam, suasana meriah dengan paluan kompang dan bunga manggar membuat asmani terkejut. kesedihan dan murung bertukar ceria dan bahagia bila dia akhirnya menyedari bahawa semua kemeriahan itu miliknya. dia bakal bergelar seorang suami.

unik, kan? tentu semalam menjadi satu hari yang amat bersejarah untuk dikenang sehingga ke hujung nyawa oleh pasangan ini. semalam mereka diijabkabulkan. selepas 3 kali lafaz, sahlah kamsiah menjadi isteri asmani. alhamdulillah!

sumber:sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.