apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.12.10

jerung mengganas di laut merah


ketenangan laut merah terkocak lagi. 

baru beberapa hari lepas, 3 pelancong rusia dan ukraine cedera parah akibat diserang ikan jerung. semalam ikan ganas itu menyerang lagi. kali ni, jerung itu membunuh seorang pelancong warga emas dari jerman di kawasan percutian laut merah itu. pelancong Jerman itu mati serta-merta selepas tangannya putus dibaham ketika berenang di kawasan pantai Sharm el-Sheikh yang memang terkenal sebagai tempat percutian menarik di Mesir.

di EL-ARISH, pihak keselamatan Mesir mengeluarkan arahan melarang orang ramai menghampiri perairan di pantai berkenaan walaupun dua ekor jerung yang mengganas itu sudah berjaya ditangkap. 
.
sumber: hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.