apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.12.10

JANGAN BIARKAN!

funny cartoon kissing couple
anda sedang bersama keluarga bersantai di taman rekreasi. anda dan suami begitu riang melihat anak2 bermain segala macam permainan yang disediakan. tiba-tiba, anak anda berlari dengan termengah-mengah mendekati anda dan menjerit:

"Mummy, ada orang kiss kat situ!"

tergamam, tak? malu, tak?

aku rasa, ramai ibu akan terus cakap begini pada anak kecil yang tidak mengerti apa2 itu.

"Uisy, jangan jerit camtu, malu!" sambil meletakkan jari di bibir. 

apa yang berlaku di sini? 

satu aje! 

anda meng'konpiuskan' kepala otak anak2 anda sebenarnya. tentu dia akan tertanya2, kenapa dia harus malu? dia cuma memberitahu apa yang dia nampak, kan? yang sepatutnya berasa malu ialah mereka yang bercumbu di tempat awam itu. dan, kepada merekalah anda harus marah, betul tak?

berapa ramaikah yang peduli? berapa ramaikah di antara anda yang berani menegur bila ternampak pasangan muda yang 'over' ini? 

aku yakin, tak ramai. 

kenapa? 

ahh  haa... sebab ada pihak penguasa. serahkan ajelah kepada JAWI, JAIS, pencegah maksiat untuk melakukannya, kan? 

masalahnya, orang2 ini bukan pergi mengendap waktu siang ke taman2 tu. waktu siang, mereka melekap di ofis, buat 'paperwork' kononnyalah! diorang pi hendap dan 'serang' waktu malam dan dinihari itupun setelah mendapat maklumat daripada orang ramai, kan, kan?

ketidak beranian menegur inilah yang menyebabkan maksiat berleluasa. aku faham, kadang2 bila kita menegur, kita diherdik semula.

"Woi, jangan sibuklah! Woi, jangan jaga tepi kain oranglah! Woi, nak mati ke?"

Zaman ini, soalan ketiga di atas itulah yang ditakuti ramai. silap tegur, nyawa melayang, aduiii....

tapi, aku rasa, menegur tetap perlu. hidup mati kita serahkan pada Tuhan. yang penting, tanggungjawab sosial, kita jalankan. sama2 kita menjaga agama. yang tak betul, tegur aje tapi biarlah berhemah... kan?
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.