apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.12.10

JANDA KAYA YANG TAK MAHU WANG

Dalam berita harian hari ini ada melaporkan bahawa seorang janda kaya bernama Barbara Picower akan memulangkan semula lebih AS$7 bilion (RM22.56 bilion) kepada mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran pelabur terkenal yang kini dipenjarakan selama 150 tahun, Bernie Madoff.

Anda tahu tak siapa Bernard Madoff? meh, cikgu sofi nak beritahu, ya. 

Bernard Lawrence "Bernie" Madoff (lahir 29 April 1938, di Bandar Raya New York) ialah seorang ahli perniagaan dan bekas pengerusi bursa saham NASDAQ.  Pada 12 Mac 2009, Madoff mengaku bersalah atas 11 tuduhan jenayah menipu ribuan orang pelabur melalui skim Ponzi (skim cepat kaya) secara besar-besaran yang melibatkan kerugian pelanggan sebanyak hampir $65 bilion.

Apakah kaitan di antara Barbara dengan Bernie Madoff? kenapa Madoff yang menipu, Barbara yang hendak memulangkan semula sebahagian daripada wang itu? jawapannya...

Wang yang akan dipulangkan itu adalah milik suaminya, Jeffrey Picower, yang telah meninggal dunia kerana serangan jantung pada 2009. Sebelum meninggal dunia, Jeffrey melabur dalam skim cepat kaya itu selama beberapa tahun dan memperoleh pulangan lumayan. Bila Jeffery mati, aset dan harta miliknya diwariskan kepada Barbara.

mungkin, jiwanya tak tenang kerana hidup dan bergelumang dengan duit yang bukan miliknya. tu, yang dia tak mahu duit tu, kan? siapa tahu?

eloklah tu! bukannya barbara tu akan jatuh miskin, betul tak?

sumber: berita harian dan wikipedia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.