Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

malam ni, aku hendak mengajak anda membincangkan topik keputihan. malu? tak apa. ini adalah sesuatu yang boleh dibincangkan di alam maya. an...

INGIN TAHU TENTANG KEPUTIHAN?

By Disember 20, 2010 ,

malam ni, aku hendak mengajak anda membincangkan topik keputihan. malu? tak apa. ini adalah sesuatu yang boleh dibincangkan di alam maya. anda x nampak aku, aku x kenal anda. 

apakah keputihan? ewah, dah macam doktorlah, pulak. 

keputihan ialah lendir di bahagian sulit orang perempuan pelbagai peringkat umur, (aku guna ayat yang anda senang faham, okey..) yang meleleh keluar dengan banyak. 

menurut pakar runding perbidanan dan sakit puan, hospital pantai, ampang, selangor, dr suhaimi isa, keputihan ada dua jenis:
  1. normal
  2. tak normal

1 normal
keluar daripada pintu rahim. Setiap bulan, ia akan berlaku secara semula jadi dan kuantiti yang sama. keputihan ini berlaku pada tempoh seminggu sebelum haid dan setiap bulan. warna putih dan jernih. tak gatal sangat tapi seluar dalam jadi lembap dan anda rasa tak selesa.

2. tak normal
keputihan jenis ni berwarna putih, kuning, berlendir, berbuih, bentuk seperti yogurt dan sangat gatal. malah yang kronik tu berbau busuk dan boleh mengganggu hubungan seks atau intim suami dan isteri.

“Berdasarkan pengalaman saya, mereka yang mempunyai masalah keputihan bermasalah pada permukaan pintu atau pangkal rahim. Ini disebabkan pintu rahim luka dan menyebabkan lelehan lendir terhasil. Selain itu, ada segolongan wanita mempunyai tabiat mencuci jauh ke dalam vagina dengan sabun cucian khas. Tabiat itu tidak baik kerana ia menggalakkan lebih banyak bakteria atau organisma lain untuk hidup dalam vagina.

Ada kuman ‘lactobacilli’ dalam vagina yang menghasilkan asid tinggi. Keadaan ‘asidik’ atau kehadiran asid yang tinggi dalam vagina menyukarkan kuman hidup. Namun, perbuatan mencuci sehingga jauh ke dalam vagina boleh membunuh kuman-kuman ‘lactobacvilli’ yang baik ini,” ujarnya.

jadi, nasihat aku yang tak pakar ni, x payahlah anda hendak menghilangkan keputihan dengan menggunakan pelbagai jenama pembersih. cukup sekadar air dan sedikit sabun, okey.

cara atasi masalah ini? next entri okey.

sumber: utusan

You Might Also Like

4 comments

  1. @ezzyra

    terima kasih... jemput baca info2 yang lain, ya

    BalasPadam
  2. masa mengandungkan anak pertama... keputihan yg byk... rasa cam nk gila sbb gatal... kena korek.. byk yg kuar... warna putih kekuningan cam yogurt & berbau busuk... sabar tahap gaban la.. sampaikn bhgn luar vagina berdarah sbb dok garu2... bila bersama dgn suami, still kuar.. sampaikan "benda" suami cam ada bijik2 kecil.. gi specialist, bg ubat bentuk airmata... kena masukkan dlm lubang vagina... lg byk yg kuar.. x jalan gak... last2, kena refer to HKL specialist.. kena amik penicilin 3 dose sbb darah contain virus... one dose a week... mmg sakit sbb penicilin ni likat... bila masuk mmg sakit sangat... seminggu x leh nk duduk betul2... cukup seminggu, kena cucuk balik... tp pas cucuk penicilin, mmg byk kuar keputihan... x hilang kesemuanya... even masa give birth, kepala baby pun ada putih2... luckily baby ni ada protection (kantung rahim)... pengalaman... skg ni pun, kena tgk hygiene gak... if seluar dlm bash, mmg kena tukar... trauma dah.. sentiasa pakai pantyliner..

    BalasPadam
  3. @alreinsy
    cuba juga menjaga... dgn mengikut syor dan petua org tua2 mungkin berguna juga misalnya membasih dengan air rebusan daun sirih..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.