apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.12.10

hendak mengena, dia terkena...

majikan:
dia memukul sehingga bahu dan dahi orang gajinya cedera setelah dia mendapati perempuan warga asing yang baru lebih seminggu menjadi pembantu rumahnya itu mencuri rantai tangan anaknya. bagaimanapun ada sesuatu yang dilakukannya lagi. nak tahu apa? dia mengoyak seluar orang gajinya itu di hadapan suaminya.

maid:
geram kerana dipukul dan dimalukan di hadapan suami majikannya, dia pun pergi ke balai polis dan membuat laporan. lepas tu apa jadi?

polis:
selepas mendengar keterangan kedua-dua belah pihak:
1. orang gaji itu didapati memang telah mencuri rantai itu namun majikannya tidak mahu membesarkan kes dan diam
2. orang gaji itu telah dihantar ke jabatan imigresen kerana tidak ada dokumen perjalanan yang sah
3. majikan disiasat di bawah seksyen 323 kanun keseksaan

nak tergelakpun ada bila baca berita ini dalam metro

aku sangat2 berharap agar mereka yang terbabit dengan agensi pengambilan pekerja asing ni kan supaya semak betul2 siapa yang nak diambil bekerja ni. yang datang ni kebanyakannya... faham2 ajelah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.