Langkau ke kandungan utama

HANGATKAN ASMARA

percaya atau tidak, sebaik sahaja sesuatu pasangan itu sudah mempunyai anak, masa isteri untuk suami dan begitu juga sebaliknya, semakin berkurangan.  

isteri lebih banyak memberi tumpuan kepada anak dan suami lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja. 

ada yang tidak bersetuju? kalau anda x setuju, cubalah fikirkan sekejap. sekejap aje.... pasti anda akan mengakui kebenarannya kerana ini adalah masalah sejagat...

sudah berkurangkah kasih sayang? sudah tiadakah kemesraan? 

tak jugak! kalau tidak, masakan boleh dapat tambah anak, kan...hehe...

tapi sebenarnya, semakin lama sesebuah rumah tangga itu dibina, cabaran berkasih sayang semakin getir, kawan-kawan. bohonglah kalau kita dapat mengekalkan kemesraan bagai dahulu. bohonglah kalau kita dapat mengekalkan asmara sehangat semula. ewah...

jadi, cuba-cubalah ber 'dating' semula untuk mengeratkan hubungan agar yang keruh dapat dijernihkan, yang hampir putus bersambung semula. lupakan anak2 untuk seketika. adakan masa untuk berdua sahaja. 

hanya anda dan si dia. 
  
kembalikan nostalgia waktu bercinta (bagi yang berkahwin atas dasar cinta), dan pergilah ke tempat-tempat yang pernah dijelajahi dahulu. ulangi kisah dulu yang manis, saat dia merajuk dan anda memujuknya dengan ungkapan kata-kata romantis. berbuallah, selami hati dan perasaan dulu. aduhai.... takkanlah peristiwa-peristiwa penting begini sudah dilupakan, kut? 

pernah dengar lagu sepanjang jalan kenangan? lirik lagu tu sesuai untuk anda ketika ini...

semasa dating, inilah yang perlu dilakukan:-

1. Makan bersama - waktu malam lagi bagus, disinari cahaya bulan, huhu..romantik gilerr
2. jalan-jalan di taman bunga - dulu x boleh pegang-pegang sebab belum kahwin, haram.. sekarang peluk pun tak apa, kan? hmm!!
3. Ambil gambar kenangan - tak perlu kamera digital pun. pakai handset aje pun boleh, asalkan bergambar. 
4. Menonton wayang - kalau boleh tengoklah cerita yang romantis. tapi, kalau dapat tengok citer hantu..lagi bagus, haha...dah gelak tu?

hai? dah nak bersiap dah? bagus, bagus! teruskan! cuti sekolah pun dah nak habis ni. 

selamat ber 'dating'

Ulasan

  1. benda ys selalu lakukan...apabila cuti sekolah..sbb anak2 semua blk kampung...

    BalasPadam
  2. @princess shinita
    alhamdulillah..dan semoga akan kekal dilakukan begitu hehe...tahniah..

    BalasPadam
  3. kak, bole tak nak tnya..tak pe ker hantar anak2 kat kg walaupun time cuti sekolah..straight to the point..maksud saya, penat ayah dan mak kita atau sesiapalah yg kat kg yg jaga anak2 kita, sedangkan kita 'bersenang lenang' berdua..maaf ya, bahasa agak mcm kasar sedikit..
    yes..walaupun atuk dan nenek mungkin lagi suka ada cucu2nya, tapi kdg2 sgt kasihankan mereka berdua. tepaksa bersusah payah memasak, memberi makan, menjaga..dll terutama yg masih kecil

    sekadar luahan.mungkin kak sofi ada jawapan tersendiri.

    regards,
    saya guna Anonymous, bole?

    BalasPadam
  4. salam...boleh aje guna anonymous, x pe. akak hanya anggap spam kl ada mengutuk x tentu hala. kalau mcm komen ni, okey jek..hehe lgpun selama ni semua kwn2 yg komen xde masalah ngn akak begitulah sebaliknya..

    okey, adik, jgnlah hantar anak2 duduk kat umah nenek diorg sampai lama2. adik ngn hubby honeymoon paling lama 2 hari aje, kl lebih, boleh kelahi punya.. hehe lawak jek ya. hanta dua hari aje, pastu ambil balik . sekadar utk bermesra gitu, k! selamat berbahagia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…