Langkau ke kandungan utama

GILA BAYANG

aku nak beri peringatan tentang sifat lelaki malam ni. 
pernah tak terfikir apa yang mampu seorang lelaki buat bila kesetiaannya dikhianati? bila kekasih yang amat dicintai mencurangi dirinya?
Lelaki ini amat setia. cintanya hanya satu kepada si buah hati. kadang2 ada awek ngurat dia, tak ada peluang awek tu. dia x kan tergoda punya. kenapa x tergoda? sebab dia dah serah jiwa, raga, wang, kereta mahupun masa malah semua hanya untuk gadisnya. x ada yang lain, setianya pada yang satu aje. 

Tup-tup si perempuan buat hal. kenapa? biasalah, memang ada perempuan yang tak tahu bersyukur, kan? dah dapat yang sempurna pun, boleh tergoda dengan yang lebih pandai mengayat, betul tak? maka cintapun beralih arah. 
Tak semua lelaki reda menerima, tau. ada tu, bila benda macam ni berlaku pada dia, maka hilang segala sifat jiwa bersih dalam diri kaum adam ni. memang bukan semua, tetapi kebanyakannya. maksud aku, si lelaki yang di tinggalkan akan mula mencari perempuan-perempuan lain. ulang, perempuan-perempuan, yang bererti ramai. 
apa tujuannya? 
hanya satu iaitu bukan mencari cinta suci, tapi sifat ingin membalas dendam. 
Perempuan, ada takut? ada rasa ngeri? memang patutpun, tau! kenapa? aiiit, boleh anda tanya aku soalan tu?
Wei, lelaki yang kecewa ini akan mematahkan hati anda. dia akan kecewakan anda supaya anda sakit sepertimana dia pernah sakit. dalam erti kata lain, perempuan-perempuan ini akan dipermainkan perasaannya. Senang cakap, selagi dendam si lelaki tadi tak habis, selagi dendam masih ada, maka, selagi itulah jalan cerita ini akan berterusan.
tahu tak apa lelaki yang kecewa ini akan cakap bila anda cuba menasihati mereka? 
mereka akan tanya anda soalan ini. "Siapa yang mula dulu?" pasti jawapan itu menutup mulut anda.
ingat, ya! jika anda dah punya kekasih dan dia sayang gilerr pada anda, tentu payah dia nak lupakan anda tau. anda akan menyebabkan dia jadi gila bayang, kesian dia.....tu, kalau dia nampak awek lain seiras anda, maka wajah anda akan menjelma di mata. semua tentang anda akan di ingatannya. malang sungguh dia...
sekadar mengingatkan...
jangan lukakan hati orang kalau anda tak mahu hati anda dilukai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…