apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.12.10

geramnya aku!!!

geramnya aku!!! 

agaknya itulah yang dikatakan oleh seorang suami berusia 40 an ketika dia nekad membawa sekumpulan pegawai jabatan agama langkawi ke sebuah rumah. di dalam rumah itu mereka dapat menangkap isterinya berumur 36 tahun yang sedang berkhalwat dengan seorang lelaki berumur 50an.

suami itu sudah tidak tahan lagi.  nasihat sudah diberi, isteri sudah ditegur namun mungkin penangan cinta lelaki tua itu yang dianggap sebagai 'abang angkatnya' terlalu mengasyikkan sehingga tidak mampu dielak. sudahnya, rumah di mana isteri dan anaknya itu tinggal diserbu dan suami tadi turut menampar pipi isterinya yang curang. 

lelaki 50an itu bukannya anak teruna. dia adalah suami orang yang mempunyai 3 orang anak. masyaallah....

apa nak jadi dunia hari ini? apakah mereka berdua ini lupa kepada hukum Allah? zina merupakan satu dosa besar! malah zina di antara suami orang dengan isteri orang hukumnya rejam sampai mati! lebih ditakuti, kalau dah mati nanti, tidak merasa masuk ke dalam syurga Allah! tidakkah mereka tahu?

bukan sahaja suami itu yang geram. aku yang membaca artikel inipun turut berasa sakit hati!

untuk lebih lanjut, bacalah... metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.