Follow Us @soratemplates

2.12.10

doktor mbbs..


di klang, seorang lelaki berusia 41 tahun ditangkap polis kerana menyamar sebagai seorang doktor. dia mengaku mempunyai ijazah sarjana perubatan (mbbs) dari turki tetapi sebenarnya dia cuma mempunyai diploma perubatan dan pernah bertugas sebagai pembantu perubatan tentera sejak 1988 sehingga 2006. 

hebatnya dia berlakon sehingga selama 3 tahun dia dah 'berkhidmat' di tiga buah klinik di Klang, Rawang dan Batang Berjuntai, Kuala Selangor, sehingga sudah berjaya menyambut kelahiran sebanyak sembilan kali.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya membongkar penyamaran doktor tersebut selepas melakukan semakan dengan Lembaga Perubatan, itupun setelah mendapat aduan daripada seorang wanita yang mendakwa dicabul oleh 'doktor' tersebut.

sofi: rimas dengan semua penipu ini. melampau! dia ingat nyawa orang, kesihatan orang, penyakit, kudis semua tu....perkara yang boleh dibuat main ke? grr.... tapi suka tengok, mumbai mbbs lakonan si dutt tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.