diculik depan rumah



zaman sekarang ni, semua orang mesti berhati-hati. orang jahat ada di mana-mana. idea mereka cukup banyak dan otak jahat mereka sentiasa berputar ligat untuk mencari mangsa. terkini, di selayang baru, satu kes penculikan berlaku.
seorang pelajar sebuah kolej swasta berusia 22 tahun diculik rabu lepas. di mana? jangan tak tahu? di depan rumah dia aje! dia diculik pada jam 5.45 pagi, ketika menunggu rakannya untuk ke kolej di Petaling Jaya sebelum didatangi dua lelaki menaiki kereta. kehilangannya hanya disedari apabila keluarga dihubungi oleh suspek beberapa jam selepas kejadian. waktu tu suspek minta wang tebusan rm30 ribu. bimbangkan keselamatan pelajar itu, keluarganya membuat laporan polis tentang kejadian itu. 

keluarga mangsa telah menyediakan wang tebusan itu dan menyerahkannya di kawasan bukit bintang. pelajar yang diculik kemudian dibebaskan. alhamdulillah, pihak polis kemudian berjaya menahan suspek yang terdiri daripada 3 orang, seorang daripadanya perempuan. mereka ditahan di rawang.

sofi: berhati2lah, ya! 

sumber: kosmo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen