apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.12.10

DIA MAKI SUAMINYA. MENGAPA?

Hati isteri mana yang tidak hancur. Hati isteri mana yang tidak kecewa....... 

Luluh perasaannya bila mendapat berita suami kesayangan mengalami kemalangan jalanraya. Kereta Viva yang dipandu suami dilanggar oleh sebuah Mitsubishi Pajero. Bimbangkan keselamatan yang tersayang, dia bergegas ke tempat kemalangan.

Kalau anda jadi dia, apakah perasaan anda bila mendapati bahawa semasa kemalangan itu, suami anda membawa seorang perempuan lain? Mungkin kerana Allah hendak menunjukkan kebenaran...wallahualam.

Dalam kemalangan itu, wanita yang dibawa oleh sang suami meninggal dunia di tempat kejadian, sementara si suami pula tersepit di tempat pemandu. 

Marahkah anda kepada si isteri jika tidak dapat menahan amarah lalu mengamuk pada lelaki itu? Khabarnya, dia telah memaki hamun tanpa mempedulikan sesiapapun!

Nak buat macam mana, kan, kalau dah emo!! 

baca lagi di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.