Langkau ke kandungan utama

dia dipanggil hantu...

DERITA...Che Ku Zaimah melayan Nurul di rumah mereka.
pada 16 Ogos lalu, seorang lelaki melempar asid hingga menyebabkan isteri, dua anak dan ibu mentuanya cedera kerana dia marahkan isteri yang balik ke rumah mentuanya itu ketika mereka dalam proses bercerai.

Mat Haizan Mat Yasin, 32, dikatakan memecah masuk ke rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid. Tindakan lelaki itu menyebabkan anak perempuan sulung mereka, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9 tahun cedera parah di muka, manakala Muhammad Irfan Firdaus, 2 tahun, juga cedera di muka.

Semalam, Mat Haizan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan 2 sebatan di Mahkamah Sesyen. Terdahulu, dia juga telah dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah asid ke atas Che Ku Zaimah.

kini, yang menyedihkan ialah Nurul sedang trauma. cubalah anda bayangkan perasaannya bila dia ke sekolah dan dipanggil hantu oleh kawan2nya. siapa yang boleh menahan kanak2 lain daripada menggelarkan nurul begitu? nurul terpaksa menadah telinga. yang pasti, emosinya terganggu sudah! 

kata ibunya, sebelum ini, Nurul, pernah memakai topeng ke sekolah tetapi diejek hantu menyebabkan dia membuka topeng. bila topeng dibuka, dia tetap juga dipanggil begitu kerana wajahnya memang teruk. daging pipi membengkak sekali gus menyebabkan hidungnya semakin mengecil. katanya lagi, menurut doktor, daging akibat simbahan asid akan membengkak dalam tempoh dua tahun dan itulah yang berlaku pada muka Nurul dan adiknya, Irfan, malah bahagian belakang badannya yang terkena asid turut membonjol.

sikap pasif dan malu itu terserlah kelmarin kerana ketika disapa wartawan di pekarangan mahkamah, dia hanya menundukkan muka dan enggan menjawab sebarang pertanyaan.

ditanya sama ada dia masih mempunyai hati kerana masih sudi menjenguk suaminya di penjara, Che Ku Zaimah berkata, lawatannya ke penjara sekadar menunaikan janji kepada Nurul yang meminta untuk melihat ayahnya ketika dia masih terbaring di katil hospital.

“Saya hanya tunaikan janji, tak lebih daripada itu kerana sebagai manusia biasa saya boleh memaafkan kesalahannya tetapi yang lain biar dia dengan Tuhan...hanya Allah yang dapat memaafkan kesalahannya. Terus terang saya cakap, saya sudah tiada hati untuk kembali dengannya tetapi jika anak ingin bertemu dengannya saya tidak akan menghalang kerana dia masih bapa mereka,” katanya.

sofi: ya sesungguhnya, kita boleh memaafkan, tapi untuk melupakan? entahlah...

sumber...hmetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…