Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1. memandang mata anda lebih daripada dua kali Jika anda bersama si dia dan anda lihat dia asyik merenungi anda, bukan sekali malah lebih da...

DIA CINTAKAN ANDA BILA DIA....

By Disember 15, 2010

1. memandang mata anda lebih daripada dua kali
Jika anda bersama si dia dan anda lihat dia asyik merenungi anda, bukan sekali malah lebih daripada dua kali, itu maknanya dia sedang cuba meneka apakah anda masih solo ataukah sudah berpunya.

waktu renungannya lebih daripada 3 kali, itu  tandanya hatinya sudah penasaran, dan dia sangat ingin mendekati anda. 

Menurut Janine Driver penulis buku, “You Say More Than You Think"......, 
kadang-kadang, seorang lelaki tidak perlu menghampiri seorang wanita namun jika dia asyik memandang anda berkali-kali, itu tandanya bahawa diri anda sudah berjaya menarik perhatiannya. 
2. mendekatkan wajahnya
Ketika si dia sudah tergoda dan tertarik pada anda, dia akan memasuki ruang peribadi. Maksudnya, bila berbual, dia pasti mendekatkan wajahnya ke wajah anda. yang pasti, anda akan berasa berdebar dan malu tapi mahu bila dibuat begitu.

3. bicaranya perlahan dan penuh kelembutan
dalam bukunya "Date Decorder" Greg Hartley menulis, 
“Saat tertarik pada seseorang wanita, seorang lelaki akan berbicara 25% lebih perlahan dan lebih lembut dibandingkan dengan perbualan normalnya dengan wanita lain."
Apakah pakwe anda menunjukkan kelembutan itu? kalau ya, hmm, mungkin hatinya sudah terpaut pada anda! 

4. sangat melindungi
biasanya sifat melindungi ini cuba ditafsirkan dalam bentuk sentuhan. bukan sentuhan bernafsu, ya.... sentuhan di sini sekadar berusaha untuk berdekatan. kalau si dia sentiasa ingin mendekati anda, ia merupakan tanda-tanda si dia sedang jatuh cinta. tanpa sedar dIa akan berusaha menyentuh diri anda. itu cuma gambaran keinginannya   untuk melindungi anda melalui sentuhannya....:) 

You Might Also Like

4 comments

  1. Assalamualaikum..

    Berhati2..kekadang lelaki gila seks, strangers yg memancing di internet juga bersikap demikian terhadap anda. Jauhi zina. Sekadar peringatan. Maaf. Permisi.

    BalasPadam
  2. @mamawana
    betul tu! kena berhati2 dan yg penting, jauhi zina. thanx my friend

    BalasPadam
  3. yang nombor satu saya percaya boleh terjadi...

    BalasPadam
  4. @Anonymous
    ada yg cakap, semuanya pun benar..ntahlah..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.