apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.12.10

DIA BUNUH DAN MAKAN DAGING MANGSANYA?

Semasa perbicaraan di Mahkamah Crown Leeds yang khusus membicarakan kes-kes jenayah di England dan Wales, seorang pelajar sarjana bidang kriminalogi, bernama stephen griffiths,  mengaku membunuh 3 orang pelacur, Suzanne Blamires, 36, Shelley Armitage, 31, dan Susan Rushworth, 43 tahun. 

dia ni membunuh macam robinhood, pakai panah dan busur segala. lihat gambar. 
sebab itu dia dikenali sebagai kanibal busur panah


dia ni kejam gila! tapi dia tak gila. Hakim Justice Openshaw kata, kesihatan mental griffiths telah diperiksa dengan teliti dan dia adalah siuman. kata Openshaw lagi, perbuatan yang dilakukan griffiths itu amat keji sekali kerana dia seperti raksasa, sebab itu dia tak boleh dibebaskan. 

Stephen griffiths dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Griffiths mengaku memanah kepala Suzanne semasa wanita itu cuba melarikan diri daripadanya Mei tahun ini. 

Pihak polis juga percaya pembunuh kejam ini turut terlibat dalam 3 kes pembunuhan lain yang tidak dapat diselesaikan.

Yang lebih menyedihkan dan menjijikkan ialah dia telah memasak daging dua mangsa yang dibunuhnya dalam periuk manakala mangsa ketiga pula menjadi hidangan makanannya mentah-mentah. Pembunuhan itu berlaku di antara Jun 2009 dan Mei lalu. – Agensi

kosmo

2 ulasan:

  1. Dalam dunia yang moden dan canggih ni ada lagi manusia yang memakan daging manusia....
    Hairan sungguh...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.