apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.12.10

dah cakap dah!


berita panas ni! 

selepas sebulan lebih dia membiarkan uncle seekers menuduhnya, menulis yang buruk2 tentang dirinya di dalam blog, menyiarkan gambar-gambar yang boleh mengaibkannya, maka tibalah masa untuk dia bertindak pula. 

ya kawan2, kelmarin, Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana didakwa telah membocorkan maklumat dirinya. Siti Aishah menamakan Syed Abdullah sebagai defendan pertama manakala ayah Syed Abdullah, Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

Writ saman bertarikh 2 Disember itu difailkan melalui Tetuan Gunaseelan & Associates di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir. Mahkamah tersebut kemudian menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan interparte untuk kes tersebut.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah sebagai plaintif memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama dan kedua mendedahkan, sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka, sebarang maklumat semasa plaintif menerima 'rawatan' daripada defendan. Plaintif juga memohon perintah melarang kedua-dua defendan itu daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Menurut pernyataan tuntutan, pada Jun 2010, Siti Aishah mendakwa telah meminta bantuan Syed Abdullah untuk menangani masalah emosi yang dihadapinya selepas defendan pertama membuat representasi secara lisan bahawa beliau (Syed Abdullah) boleh mengubati dan menjalankan kaunseling berhubung masalah emosi yang dihadapi oleh bekas Raja Permaisuri Agong itu.

sofi: dah cakap dah! ingat hukum newton ketiga? di mana ada 'action', di situ ada 'reaction'. dah anda usik dia, uncle seekers oi, tentulah dia balas balik! takkan nak redha aje disakiti, kan?

sumber.....kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.