apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.12.10

comel, lembut dan pemalu

Foto

Wajah lembut di sebelah ini milik Chae Rim, pelakon wanita hebat daripada Korea. aku ingat sangat dia ni sebab dia berlakon dalam siri All about Eve, di samping aktor yang paling aku minat iaitu Jang Dong Gun. cerita itu disiarkan di tv3 pada tahun 2007. banyak lagi cerita lakonan chae rim ni, tapi yang terbaru, yang sedang ditayangkan di 8tv, hah..x boleh miss ni. kenapa? sebab dalam cerita, oh my lady ni, chae rim muncul di samping salah seorang ahli kumpulan Super Junior, si choi si won. anda tentu kenal si won, kan? sorry, sorry....sorry....

oh, my lady disiarkan setiap isnin hingga jumaat jam 8.30 malam. ia kisah romantik komedi. Oh! My Lady mengisahkan Yoon Gae Hwa lakonan Chae Rim, seorang ibu tunggal, yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang bintang terkenal, Sung Min Woo. Tugasnya, menjaga Ye Eun, kanak2 perempuan yang juga adalah anak luar nikah Min Woo. Sebagai artis popular, ini merupakan rahsia besar min woo yang harus dijaga dengan rapi daripada terbongkar oleh gae hwa. sejauh mana sebenarnya hubungan Min Woo dan Gae Hwa? akan adakah kemungkinan untuk mereka bercinta memandangkan usia gae hwa 31 tahun dan min woo 23? 

Bagi penonton yang sudah menyaksikan drama ini, pastinya tidak sabar menunggu kesudahannya yang mempunyai 16 episod. 

dalam hidup sebenarnya di alam realiti ini, Chae Rim adalah seorang janda. Dia yang pernah berkahwin dengan penyanyi terkenal Korea, Lee Seung-Hwan pada 24 Mei 2003 dan sah bercerai Mac 2006 atas alasan tiada lagi persefahaman kerana perbezaan personaliti. 

chae rim aktif dengan karier lakonan yang diceburi sejak 1994. sehingga kini dia sudah membintangi hampir 30 drama TV serta pernah memenangi beberapa anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Apapun, Chae Rim selesa merendah diri dan sibuk dengan pelbagai aktiviti. 

Dalam sesi temu bual bersama media, Chae Rim hanya memberi tumpuan dan fokusnya membicarakan soal karier. Baginya, penting seorang artis berkongsi kisah perjalanan aktiviti seninya kepada peminat berbanding publisiti murah membabitkan peribadi.
katanya, "Saya harus menghormati karier ini kerana ia adalah sumber pendapatan. Justeru, wajar bagi saya tidak terbabit dengan kisah sensasi."

pix_middle

“Sebagai artis dan model, saya sudah terbiasa dengan lensa kamera dan tahu apa yang masyarakat inginkan. Namun, saya tidak bersedia hendak berkongsi kisah peribadi kerana ia rahsia diri. Saya juga takkan melayan sebarang gosip dan hanya sekiranya kisah itu benar, maka penjelasan akan dibuat. Setakat ini, saya fikir cara dipilih ini sangat tepat dan sesuai,” katanya lagi.

Berkongsi cerita lakonannya bersama Si Won, Chae Rim mengakui dia tidak menghadapi masalah. “walaupun jarak usia kami berbeza tujuh tahun, tetapi saya dan Si Won boleh berkomunikasi dengan baik. Saya tidak kisah bergandingan dengan aktor muda asalkan kami serasi. Jujurnya, saya melihat Si Won sangat berbakat dan dia juga popular. Sebagai anggota kumpulan pop Super Junior, saya tahu Si Won tentunya menjadi pujaan gadis remaja. Wajahnya yang kacak dan matang, tidak menampakkan usia sebenarnya. Saya gembira berlakon di sisi Si Won dalam Oh! My Lady. tapi, kan, saya sebenarnya segan apabila kami melakonkan babak mesra. Maklum saja, jarak usia yang ketara. Namun, apa boleh buat kerana ia kehendak watak dan kehendak pengarah. lagipula Oh! My Lady adalah kisah cinta yang romantik,” katanya malu-malu.

Sering muncul sendirian di khalayak umum, Chae Rim sangat menjaga penampilan dirinya walaupun, hanya bergaya ringkas. 
.....................
sofi: sebab itu aku suka dia. dia sopan dalam drama. dia juga sopan di luar drama. aku kagum.

sumber:...........metro

2 ulasan:

  1. mula2 tgok citeer ni sakit atiey sket, xleh tahan ngan prangai hero yg bongkak camtu^^
    tp citer ni mmg sweet
    kalu kak sofi prasan, muka dia mcm eja sket2
    :)

    BalasPadam
  2. ya jugak, kan..agaknya mereka yang muka begini memang lembut perawakannya, kan? suka suka..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.