Langkau ke kandungan utama

CINTA TANPA RESTU

JOHOR BAHRU: Umpama filem Tan Sri P Ramlee ‘Antara Dua Darjat’, seorang bapa didakwa cuba memisahkan perkahwinan anak perempuannya yang bergelar ustazah disebabkan enggan menerima menantu yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

baca tajuk aje, dah terkejut beruk, kan? tidak aku sangka bahawa kini, hari ini, masih ada ayah yang sebegini keras menghalang sebuah perkahwinan? dan, masih ada seorang anak perempuan yang sanggup membelakangkan keluarga dan bernikah di thailand kerana cinta? lebih aku terkedu ialah kerana anak perempuan ini seorang ustazah...adoyai!!!

Lantaran tidak merestui perkahwinan itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul mendakwa bapanya memaksa dia membuat laporan polis mengatakan suaminya memukau, memukul serta mengancam nyawanya. Terbaru, kata Nurul, bapanya membuat permohonan kepada Jabatan Pelajaran supaya dia ditukar mengajar di sekolah lain ajar dia berjauhan dengan suaminya.

Menurut Nurul, dia berkawan dengan suaminya selama enam tahun sebelum mengambil keputusan kahwin lari di Thailand kerana keluarga terutama ayah tidak menerima calon pilihan hatinya sebagai menantu.

“Sejak itu saya dibuang keluarga apabila SMS dan panggilan telefon saya tidak dibalas. Masalah makin teruk apabila ayah mencampuri urusan rumah tangga dan mengadu perkara tidak elok kepada pengetua sekolah tempat saya mengajar. 

Saya ingatkan campur tangan pihak sekolah membantu meleraikan kekusutan itu, tetapi menjadi lebih teruk apabila ada kakitangan sekolah menjadi sebagai mata dan telinga melaporkan kepada keluarga mengenai tindak tanduk saya. 

Saya pernah dihalang daripada berjumpa suami selama sebulan dan ayah memaksa saya membaca nota mendakwa suami memukau, memukul dan mengancam keselamatan saya ketika berada di balai polis,” katanya.

Kata Nurul, bapanya menolak hasrat mereka berkahwin disebabkan perbezaan latar belakang pendidikan suami yang memiliki STPM sedangkan dia berkelulusan ijazah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

“Hubungan kami ditolak kerana saya anak sulung dan bapa berharap saya bertemu jodoh dengan pilihan hati mereka berbanding suami yang mempunyai STPM dan bekerja sendiri,” katanya.

Suaminya yang mahu dikenali sebagai Daim berkata, walaupun mendapat tentangan keras daripada bapa mentua, dia berusaha mencari jalan perdamaian, namun dibalas dengan cubaan memisahkannya dengan isteri.

“Bapa mentua pernah memfailkan perintah kami berpisah di mahkamah syariah berdasarkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh isteri sebelum ini.

“Saya mengambil keputusan mendaftarkan perkahwinan secara sah di Mahkamah Tinggi Syariah Johor sebelum perintah mahkamah sama menyatakan perkahwinan kami sah pada 30 November 2010. Saya dan keluarga sanggup datang ke rumah mentua tetapi kedatangan kami tidak disambut kerana mereka enggan membuka pintu rumah,” katanya.

Daim berkata, usaha memisahkan mereka tidak setakat itu saja apabila bapa mentuanya turut memohon pertukaran tempat mengajar isterinya ke sebuah sekolah di utara Semenanjung.

“Berbekalkan lima laporan polis berkenaan bapa mentua melakukan permohonan pemindahan isteri untuk bertugas di Pulau Pinang dan bertemu dengan pelbagai pihak mencapai hajatnya. Saya menghantar surat kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kementerian Pelajaran di Putrajaya serta permohonan secara on-line di laman web kementerian bagi membatalkan pertukaran terbabit. Namun, permohonan itu ditolak dengan surat mengarahkan isteri saya mendaftarkan diri di negeri itu pada 1 Januari 2011. Kini, kami buntu dan tidak tahu ke mana lagi tempat mengadu. Kami tertekan dengan masalah ini,” katanya.

kalau anda terpaksa menyokong, siapa yang anda pilih? si ayah atau si anak? 

aku? dua-dua aku marah! 

kenapa? 

okey, aku marah si ayah kerana dia seharusnya redha dengan takdir. kalau dah anak suka dan kalau lelaki itu seorang yang baik, kenapakah dipisahkan? 

tapi itulah, kita hanya dengar cerita si anak sahaja. entah betul entahkan tidak...ke ada sebab yang kukuh? kalau tidak masakan sampai begitu sekali usaha si ayah untuk memisahkan?

kepada anak...well, seorang ustazah, ya? apakah lelaki itu lebih penting daripada ayah dan ibu yang melahirkan? lupakah kamu bahawa jika tanpa mereka, kamu tak ujud di dunia ini? jadi mengapa harus menderhaka? kerana cinta? cinta tak akan ke mana...satu ketika bila cinta layu..habuk pun tarak! 

ingat ini....
WHAT GOES AROUND, COMES AROUND
hari ini kamu membuat ibu dan ayah terluka, sedih dan kamu memburukkan mereka di dalam akhbar.. satu hari nanti, mungkin anak kamu akan melakukannya kepada kamu...mahukah begitu? 

aku rasa pasangan muda sebegini harus menonton cerita DILWALE DULHANIA LE JAYANGE lakonan shah rukh khan dan kajol. begitu cinta membara namun si hero tabah cuba memenangi hati bakal bapa mentua yang keras seperti batu. namun akhirnya rasa hormat dan kesabaran terbalas. saat itu sangat sweet sekali. 

kalau nak tahu, percintaan shah rukh khan dan isterinya juga berhalangan yang sama. 

hmm...

jangan marah ya, aku sekadar berkongsi rasa. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…