apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

31.12.10

CATATAN TERAKHIR

     
assalamualaikum dan selamat sejahtera

hai, hai, 2011 and bye, bye, 2010....


it is the last day of 2010. so sad to let it go and so anxious to welcome 2011. rasanya, banyak yang tidak tercapai lagi meskipun 2010 mencatatkan satu memori indah dalam kehidupan seorang sofi. 

hasrat untuk menjadi seorang penulis, sudah tercapai walaupun di usia yang terlalu lewat ini...syukur, alhamdulillah. aku berdoa agar Allah terus memberikan diri ini ilham dan kemampuan untuk terus berkarya. dan, agar Allah juga mengizinkan setiap hasil penulisanku disukai ramai. bukan setakat novel dan cerpen malah setiap apa yang tercoret di blog ini juga....

semalam, aku masukkan semula kotak lagu ke dalam blog ini. mungkin ada yang cakap, amboi mak cikgu sofi ni, dicampuradukkannya lagu maher zain dengan lagu orang putih. lagu berunsur ketuhanan dengan lagu cinta.. apalah nak jadi dengan orang tua ni?? hehe... lagu-lagu yang berada dalam ni semuanya lagu-lagu yang aku sukakan liriknya. kerana jiwa halus ini...haha... kalau anda x suka, tutup dan jangan tekan kotak tu, ya! 

so apa azam tahun baru anda? ada azam ke? aku x pernah ada. bagi aku, asalkan aku mampu menjadi seorang yang lebih baik, hari demi hari....itu sudah memadai. iyalah, kan.... dunia ini dah semakin jauh dari aku dan dunia di sana nun dah semakin menghampiri.......faham-faham ajelah, hmm.

apa-apa pun, selamat tinggal 2010 dan semoga 2011 datang bersama kejayaan yang lebih banyak untuk anda, untuk aku, untuk kita. 

salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.