apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.12.10

jom jadi ibu macam rozita che wan!




cantik sungguh kan figura sebelah ni? jemu tak mata memandang? mesti la tak kan? hehe. sapa la yang tak nak cantik macam Rozita Che Wan ni kan? tapi kali ni aku bukan nak cakap pasal kecantikan atau kelebihan dia sebagai pelakon. tapi aku nak cerita pasal kelebihan dia menjaga 2 orang putera kesayangan tatkala diri meniti kesibukan sebagai artis ternama.

Bertuah diri bukan kerana paras rupa yang ada mahupun bakat lakonan yang dianugerahkan tetapi aku terharu kerana dengan status dia sebagai ibu tunggal masih mampu mendidik anak-anak menjadi pelajar dan insan cemerlang.

Mana tidaknya, sewaktu artis-artis lain sibuk mencari sana sini tawaran berlakon drama atau filem, dia sanggup bercuti dan menemankan anaknya Aniq selama sebulan untuk mengulangkaji pelajaran sewaktu nak menduduki UPSR Ogos lalu.

Tips cik Rozita kepada ibu-ibu luar sana, tak perlulah garang sangat dengan anak-anak. cuma kena tegas. macam kak Rozita kita ni, dia tegas dengan anak-anak. jadi anak-anak mesti dah tahu apa nak buat tiap-tiap hari dan ikut jadual dengan disiplin.

dia kan sibuk berlakon. kalau anak-anak pun buat perangai mesti susah hati kan? pada hemat aku, kalau dah berjaya didik anak-anak untuk berdisiplin, bukan susah untuk bentuk anak-anak jadi pelajar cemerlang kan2?
dan Rozita Che Wan juga dah buktikan dia melahirkan anak-anak yang cemerlang.

Tak payah la kita asyik dengar pasal cerita-cerita yang negatif je. sesekali apa salah kan kita selami jiwa keibuan dia. aku pun ibu juga. hehe. semoga kita pun dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang bukan di dunia saja, tapi di akhirat juga.

Insha Allah.

sumber. Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.