apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.12.10

orang penang, baca nii!!

GANGGUAN BEKALAN AIR DI PENANG!

gangguan bekalan air bermula pada jam 7 pagi, 28 Disember dan akan pulih sepenuhnya pada jam 7 malam di kebanyakan kawasan manakala kawasan yang mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam dijangka pulih pada jam 7 pagi, keesokannya.

kawasan terlibat:-
Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar manakala seluruh kawasan Seberang Perai, George Town, Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung akan mengalami gangguan selama 12 jam. 


kawasan tidak terlibat:-
Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terlibat dan akan menerima bekalan air seperti biasa. 

nasihat:-
tolong simpan air mencukupi untuk kegunaan selama 24 jam semasa gangguan tersebut. 

Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air itu dapat diperoleh menerusi Pusat Panggilan 24-jam PBAPP di talian 04-5096509. -Bernama

sumber:metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.