Langkau ke kandungan utama

Blog oh blog!!

BEN ASHAARI
  • Usia anda berblog ..
di profile, mula buat blog pada julai 2008 tapi posting pertama hanya pada 13.7.2009. setahun tu! entah apa yang aku buat dalam tempoh setahun tu, entah? maksud aku di blog laa.. mengajar tetap mengajar... aku kan cikgu? hehe
  • Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
diri sendiri, tak ada orang lain.
  • Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
novel online. 
  • Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
tak ramai, cuma seorang saja, nama penanya rynsa. dia menulis satu cerita novel islamik bertajuk 'relevankah aku di hatimu?' masa tu aku tertanya-tanya pada diri ini. mampukah aku menulis dan buat seperti dia?
  • Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
tunjukkan dulu macam mana nak guna internet dan mencari blog di google. macam blog aku ni ha, luahan, namanya. suruh aje dia google luahan. banyak! tekan ajelah! bukak aje, aku tunjukkanlah apa yang ada di sini. macam-macam ada, kan? boleh buat diari, boleh baca novel, boleh kutuk sana sini, boleh...segala-galanya. dia akan faham, kut!
  • Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
memang pun! sekarang ni, banyak masa aku habiskan depan komputer. tak ada dah nak duduk gebang di luar rumah petang-petang untuk borak kosong (oops) aka mengumpat dah. komputer dah jadi teman setia aku. suami jeles? oh tidak! dia pun dapat penyakit sama gak... dia dengan blog dia, aku..dengan luahanku. anak-anak? jangan risau! masa berkualiti dengan mereka tetap ada. yang seronok, ada kawan-kawan blogger yang sentiasa mesra walau berbeza usia. 

n3 ni untuk share dengan semua orang, idea asal milik.....BA

Ulasan

  1. kak sofi,sy pun start minat enovel ngan relevankah aku di hatimu..ya allah tersentuh hati ngan syah dan kaduk..haha kita same~~first time comment,sy x pndai bg komen sbnrnya~~2 yg x komen2.sian plak bc luahan kak 2..hehehe ktorg suka bc komen mls,jgn marah naa~~

    BalasPadam
  2. @masyimalo

    kita serupa ya? tapi kan kak sofi x dapat beli buku tu yg dalam bentuk hard cover. pernah nampak tapi juzzz... terbiar begitu sahaja..sedeyyy

    BalasPadam
  3. @KimiCnoL

    wah..ada award? mekacih... nnt kak sofi gi jenguk k!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…