apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.12.10

BILA MAHATHIR JUMPA SHAH RUKH

         
tak sangka che det pun minat kat shah rukh. kalau aku ni logik gak lah, hehe... semua filem dia aku tengok tapi bila che det cakap dia tengok my name is khan...wow!

bertuahnya badan dapat ke india, terutama bila disambut oeh srk. tangkap gambaq banyak2 na, che det...pastu upload kat blog. nnt che pinjam. hehe...

ni aku dapat di berita harian. 

NEW DELHI: Apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Mumbai menjelang Hari Krismas, beliau akan menjadi tetamu kehormat bintang pujaan Bollywood, Shah Rukh Khan. 

Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya kini melakukan lawatan peribadi ke India, akan tiba di pusat kewangan India hari ini, dan Shah Rukh Khan akan menjadi tuan rumah kepada negarawan ulung itu.

"Apabila beliau dapat tahu saya akan datang ke India, beliau kata saya mesti pergi ke Bombay (Mumbai). "Beliau lebih daripada seorang sahabat daripada peminat. Saya kenal dengannya sudah agak lama. Filem terakhir beliau yang saya tontoni ialah My Name is Khan," kata Dr Mahathir. 

Shah Rukh Khan dijangka menganjurkan jamuan teh istimewa untuk meraikan pasangan itu di kediamannya di Mumbai pada Hari Krismas. 

Sepanjang lawatan dua hari beliau ke Mumbai, Dr Mahathir dijadual melawat ke Yash Raj Film Studio - iaitu studio filem terulung India. 

Dr Mahathir adalah tokoh kedua bertemu Shah Rukh Khan dalam tempoh kurang dari seminggu, selepas Presiden Russia, Dmitry Medvedev mengadakan perjumpaan dengan aktor berkenaan di Mumbai pada Rabu lalu. 

medvedev melakukan lawatan rasmi ke India minggu lalu. 

Konsul Besar Malaysia di Mumbai Wan Zaidi Wan Abdullah juga akan meraikan kunjungan kenamaan itu dalam majlis jamuan malam. 

Dr Mahathir akan menamatkan lawatannya ke India dengan mengunjungi Kerala selepas Mumbai. 

Pada Khamis, beliau bertemu Perdana Menteri India, Manmohan Singh di Delhi. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.