apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.12.10

BERITA GEMBIRA UNTUK ANDA YANG MUFLIS

Janganlah pandang serong kepada seorang yang diisytiharkan bankrap / muflis. ramai daripada orang-orang yang muflis ini adalah mereka yang menjadi mangsa keadaan. 

contoh:
mereka terlalu baik hati dan menolong kawan dengan menjadi penjamin. malangnya, kawan jenis makan kawan. kawan lari, hutang ditanggung oleh si penjamin sehingga menjadi seorang muflis. 

dalam hmetro , ada berita yang sedikit menggembirakan untuk golongan ini. apa dia? baca...


RAKYAT tempatan yang diisytiharkan bankrap atau muflis oleh mahkamah masih berhak dari segi undang-undang mendapat pelepasan ke luar negara atas kes tertentu termasuk menunaikan ibadat haji di Makkah.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada mahkamah melalui pihak guaman sebelum pihak mahkamah dan Jabatan Insolvensi meninjau serta mengkaji ‘permintaan’ terbabit sama ada layak atau tidak. 

Katanya, lebih utama ia perlu dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab mengutip hutang untuk kebenaran sama ada membantah atau tidak permohonan terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.