apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.12.10

BARU 4 HARI....

bagaimanakah agaknya perasaan seorang gadis yang baru 4 hari mendirikan rumahtangga dan tiba-tiba suami yang baru menikahinya itu pergi dijemput Tuhan, pergi yang tidak akan kembali lagi?

begitulah nasib yang menimpa seorang isteri malang di johor bila suami kesayangan meninggal dunia ketika si suami hendak menukar mentol lampu yang terbakar semalam. yang lebih menyedihkan ialah majlis menyambut menantu di rumah pengantin lelaki akan berlangsung lusa (hari sabtu). 

dari jauh, aku turut menyampaikan rasa simpati kepada seluruh ahli keluarga ini. harap mereka bersabar menempuh dugaan maha hebat ini. 

innalillahiwainnailaihirojiun.....

metro

2 ulasan:

  1. ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Allah...
    kita sebagai hamba harus berserah pada qada' dan qadar Allah...

    takziah...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.