apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.12.10

BAPA TANGKAP ANAK


umurnya masih terlalu muda. baru mencecah 13 tahun. kasihan dia kerana telah terpedaya dengan cinta. 

kisah ini berlaku di kuala terengganu. selepas bertemu dengan teman lelakinya, gadis ini terkedu apabila ditangkap bapanya sendiri semasa memanjat tingkap bilik tidurnya untuk masuk ke dalam rumahnya semula.

yang menyedihkan dan lebih mengejutkan, tangkapan pada jam 4.40 pagi itu membongkar rahsia gadis terbabit dirogol kekasihnya di sebuah rumah tumpangan pada hari berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, selepas didesak berkali-kali, mangsa mengaku mengikut kekasihnya ke rumah tumpangan itu sebelum diajak memasuki sebuah bilik dan dirogol suspek di dalam bilik berkenaan. 

“Mangsa dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada sebelah petang dan doktor mengesahkan mangsa dirogol,” katanya.

sumber: metro

2 ulasan:

  1. na'uzubillah min zalik.
    manusia akhir zaman.
    buat maksiat senang2 je.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.