apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.12.10

bantah kenaikan yuran belajar


aku kadang-kadang salut dengan keberanian pelajar-pelajar di negara asing. berbanding dengan pelajar di universiti tempatan yang lebih lembut dan patuh, mereka yang belajar di universiti di negara-negara luar seperti indonesia dan britain, mahupun thailand, agak agresif. kalau ada sahaja isu, mereka lantang bersuara. 

terbaru, di england, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan untuk menaikkan yuran belajar di univerisiti "university fees", penunjuk perasaan membaling cat ke arah kereta putera charles dan isterinya camilla yang sedang dalam perjalanan hendak menonton teater. 

dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 43 penunjuk perasaan dan 12 anggota polis cedera. 

iyalah, kan.... kalau aku jadi penuntut universiti pun, aku mengamuk juga. yuran naik, sebagai contoh, 

daripada 3200 pound kepada 6000 pound. 

bapakkk.... dekat 100%!!! gilos ko??

anda bacalah di sini

tapi, kat malaysia...takuttt! kalau tunjuk2 perasaan, nanti disembur dengan air.... tak tahulah....air tu kannn buat mata pedihhh sangattt!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.