Langkau ke kandungan utama

Bangun! Jangan asyik duduk aje!


Esok ialah hari peperiksaan mata pelajaran fizik, spm 2010. nak mintak maaf pada semua anak murid. cikgu tak dapat tips tahun ni. jadi, you all cubalah sendiri berbekalkan ilmu yang dah cikgu bagi, okey. semoga berjaya!

dalam fizik, ada hukum yang sangat-sangat popular. nak tahu apa dia? senang aje... hukum-hukum newton. ada 3, kita bincang satu dulu. yang satu ni pun nak bagi anda faham, fuhh...okey aje, hehe...

newton cakap tentang inertia. apa dia inertia? haha..terus baca jangan lari, rugi anda nanti tak dapat ilmu huhu...

kata newton, inertia ialah satu keadaan di mana apabila sesuatu objek yang sedang berehat, tak bergerak, akan terus kekal tak bergerak, kecuali ada daya yang dikenakan ke atas objek itu. itu kalau objek diam, pegun, tak bergerak...kalau objek tu sedang bergerak? hah...yang dah bergerak ni, dia akan terus bergerak sehinggalah ada daya yang menghalang pergerakannya!

ada ke yang tertanya-tanya...begini? cikgu sofi, apakah kaitannya antara hukum newton dengan blog? dengan hidup? 

kawan2, kalau tak ada kaitan, buat apalah nak tulis tentang fizik..baik aku tulis tentang artis, tentu ramai yang datang bertenggek kat blog ni .. kan? 

sebenarnya kita terikat dengan hukum tu! sedar atau tidak, kita menghadapinya di dunia realiti kita. contoh mudah, kalau kita hendakkan sesuatu. cukup ke dengan tengok aje? boleh ke apa yang kita mahukan itu datang kepada kita? boleh? 

kehendak sahaja tidak cukup, kawan-kawan, kan? kita mesti berusaha mendapatkannya!

perkara paling sukar untuk kita buat dalam percubaan mendapatkan impian ialah memulakan langkah pertama itu. manusia sering gagal di situ! manusia sentiasa teragak-agak untuk mula melangkah. dah nak ke depan dah, tapi, patah balik. takut! 

kegagalan memulakan langkah pertama inilah yang menyebabkan ramai orang masih bertahan bertahun-tahun dengan kerja yang dia tak minat. tak minat jadi cikgu, tapi, zaman ini, kerja tu aje yang ada, maka jadi cikgu sebab hendakkan duit untuk hidup. lifeless. pergi sekolah, mengajar, balik tidur, jadi gemuk, lama2 dapat sakit jantung, darah tinggi segala! ewah... sedap aku mengata, ya? hakikat tu! kan baik, kalau anda fikirkan sejenak apa yang betul2 anda ingini, dan cuba berusaha mendapatkannya? anda mesti memulakan langkah itu, kalau tidak... hukum newton itu amat bertepatan dengan anda. 

jangan teragak2 untuk memulakan langkah pertama itu. pastikan fikiran anda hanya memikirkan yang baik2, apa kata orang tu, think positive! rancang apa yang anda hendak buat esok, sebelum anda tidur malam ini. then, bangun pagi esok, anda sudah bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru.   

camne? ada yang dah teruja ingin mengorak langkah demi masa depan yang gemilang, cemerlang, terbilang? silakan!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…