Langkau ke kandungan utama

APAKAH KEKURANGAN DIRI INI?

ni gambar masa dia belum diuji

MEMIKAT HATI...gaya seksi Coleen sebagai penghias muka depan majalah HELLO!
ni gambar selepas suami buat perangai

siapa perempuan dalam gambar di atas?
Foto

dialah coleen rooney, isteri wayne rooney, pemain striker pasukan manchester united. 

mengapa penampilannya jadi berbeza? dulu dia seorang yang menjaga cara berpakaian, sopan walaupun dia minah saleh, tau! 

jawapannya ada pada rooney....

wayne rooney ni kan kaya? nakal pulak tu! ada ke patut masa si isteri sedang mengandung sulung, dia pi cari awek lain? merajuk sakanlah si coleen ni...

gambar seksi tu diambil untuk majalah hello. MESEJ yang ingin disampaikan memang sangat jelas. dia bukan saja memandang tepat ke lensa kamera yang merakam dirinya, tetapi seolah-olah memberitahu sesuatu kepada suaminya, Wayne Rooney.

Imej dipaparkan Coleen itu memang benar-benar mengubah penampilan dirinya daripada seorang gadis sopan dan isteri yang percaya sepenuh hati kepada suami, menjadi wanita yang tidak mudah dijinakkan.

Bagi Coleen, dia kini bukan lagi seorang ibu dan isteri yang boleh dipandang sebelah mata, sebaliknya wanita berani, tabah dan bersungguh-sungguh mempertahankan haknya.


Di sebalik gaya menawan Coleen, wanita yang dilahirkan di Liverpool 24 tahun lalu itu mengemukakan pertanyaan tegas kepada Rooney: Mengapa perlu mencari teman lain ketika dia sentiasa setia bersamanya? Gambar eksklusif untuk majalah HELLO! itu dirakam di sebuah lokasi di Paris, Perancis, minggu lalu.


Coleen digambarkan sebagai wanita yang tenang dan berkeyakinan diri walaupun tiga bulan lalu hatinya remuk apabila mengetahui Rooney meniduri pelacur ketika dia hamil anak pertama mereka, Kai.


Tubuhnya dibaluti pakaian rekaan Zuhair Murad, manakala kasutnya berjenama Valentino, sekali gus menampilkan imej sederhana Coleen selama ini.


Secara tidak langsung Coleen menyatakan, Rooney perlu diberi peringatan terhadap kebuasan lampaunya, serta lupakan terus si pelacur itu - Jennifer Thompson dan Helen Wood.


terima kasih ...metro

Ulasan

  1. salam..nilah namanya tamparan wanita kot:)

    BalasPadam
  2. @azila
    mmg betul so...jgn bagi perempuan marah, ya!

    BalasPadam
  3. itulah sikap si suami........isteri suruh tutup,....mmg baik, tapi mata dok pandang yg terbukak!!!!! hampeh!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. @aqilah
    harap2 lepas ni dia belajar daripada kesilapannya

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…