Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Penyebab utama: Sentiasa duduk, meneran (ketika najis keras atau sembelit), cirit-birit, duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama, ba...

ANDA ADA BUASIR? JOM UBATINYA!

By Disember 12, 2010

Penyebab utama:
Sentiasa duduk, meneran (ketika najis keras atau sembelit), cirit-birit, duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama, batuk yang teruk, bersalin dan angkat benda berat

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

1. Buasir Dalaman:
tak sakit dan tak gatal sebab kat dalam badan iaitu di rektum. tak merbahaya kalau anda terlalu meneran semasa membuang air besar ia boleh berdarah, darah yang menitis berwarna merah cerah di mangkuk tandas. 


2. Buasir Luaran
Yang ini selalu mengakibatkan sakit, pedih dan gatal di dubur. jenis ini perlu dirawat. dan jenis inilah yang selalu ada pada terutama wanita yang sudah melahirkan.  


Faktor penyebab: 
tidak jelas dan berbeza-beza mengikut pesakit.
Antaranya....peneranan melampau ketika membuang air besar, pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam, faktor usia yang melemahkan tisu dan semasa mengandung ekoran perubahan hormon.

Menurut Pakar Bedah Kolorektal, Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul, ramai pesakit yang tidak mengendahkan untuk mendapat rawatan.

Apabila pesakit sudah mendapat diagnosis buasir, doktor akan memberi nasihat supaya menukar diet dan juga gaya hidup seperti tidak terlalu meneran semasa membuang air besar, mengurangkan pengambilan daging merah, memperbanyakkan pengambilan serat dan buah-buahan serta minum banyak air.

“Pengambilan makanan segera ataupun makanan yang telah diproses juga boleh mendatangkan kemudaratan. Seeloknya pastikan makanan yang hendak dibeli itu segar dan berkhasiat. Mereka yang gemar membaca di dalam bilik air juga boleh mendapat buasir kerana mereka berada dalam kedudukan duduk atau mencangkung yang secara tidak langsung melibatkan peneranan walaupun proses pembuangan najis telah selesai. Ia secara tidak langsung memberikan tekanan pada rektum menyebabkan tisu-tisu yang menyokong menjadi lemah,” ujarnya.

Rawatan
Ramai pesakit memilih perubatan tradisional bagi mengubati buasir ekoran malu berjumpa doktor dan takut menjalani pembedahan. Ramai yang lebih suka untuk bertanya kepada rakan-rakan, ahli farmasi ataupun pengamal perubatan tradisional mengenai ubat-ubatan yang sesuai berbanding mendapat rundingan doktor.

Jika anda rasa buasir anda itu sudah kritikal, lebih baik lakukan pembedahan membuang buasir tersebut. Teknologi baru membolehkan pembedahan dilakukan tanpa kesakitan melampau dan pulih dalam masa yang sangat singkat.

Teknik yang doktor lakukan ialah...
1. ligasi pita getah menggunakan satu atau dua pita getah yang kecil yang akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedaran darah. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tertanggal sendiri tanpa rasa sakit.

2. Kaedah Ligasi Arteri Buasir (HAL) pula menggunakan alat ultrabunyi Doppler yang dimasukkan ke dalam anus untuk mengenal pasti lokasi sebenar arteri yang membekalkan darah. Oleh kerana jahitan tidak dilakukan di dalam anus sebaliknya di hujung rektum, ia mengurangkan kesakitan.

3. Longo atau Procedure for Prolapse and Haemorrhoids (PPH) merupakan antara kaedah terbaru yang menggunakan sejenis alat seperti stapler. Prosedur ini mengambil masa hanya 20 minit dan tiada luka yang perlu dirawat selepas prosedur dijalankan.

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.