apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.12.10

ANAK BERTUAH

wanita itu berumur dalam lingkungan 40an. dia mempunyai 3 orang anak berusia di antara belasan dan awal 20an. katanya, dia seorang janda. 

mungkin kerana dahagakan kasih sayang seorang lelaki, dia membawa lelaki muda ke rumah. 'anak ikan' ini menjadi kekasihnya selama berbulan-bulan. bagaimanapun, episod percintaan itu terganggu semalam.

satu pasukan pencegah maksiat dari JAWI menyerbu ke rumahnya pada jam 2.50 am. bijaknya wanita ini, dia telah menyuruh buah hatinya berpakaian lengkap dan mengaku lelaki itu ialah anak saudaranya. tapi, dia tewas juga bila anak perempuan yang tidak lagi mahu bersubahat telah membuka pekung di dada. 

di atas adalah ringkasan secebis kisah masyarakat. bagi aku, wanita itu amat bertuah melahirkan anak perempuan ini. anak yang ingin menyelamatkan ibunya daripada kancah zina, dosa besar yang sangat2 dikeji oleh agama islam. aku doakan semoga anak ini berada di dalam perlindungan Allah dan limpah nikmat kasihNYA. 

untuk baca berita sepenuhnya, tekan.....sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.