amalan semasa berpantang 2

Selepas bersalin, anda perlu jaga pemakanan anda. ini sangat penting. sebab masa mengandung, hormon anda dah x seimbang. maksudnya hormon dah terganggu. 

anda perlu kembalikan tenaga yang hilang semasa melahirkan. kata orang tua-tua, urat banyak putus masa bersalin, jadi, kenalah ganti! nak ganti senang aje. makan yang berkhasiat. 

dulu, aku cuma makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). kajian kata, tak elok tu! sebab kurang berzat dan kurang air. mungkin betul! 

tak ramai yang sanggup makan macam tu. tak apalah! korang boleh makan yang fresh. untuk ikan, pilih antara haruan atau yu. haruan elok untuk sembuhkan luka. 

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

ikan lain boleh?

entah! ada yang bisa dan boleh menyebabkan bentan rahim. ada yang gatal, nanti tergaru2 pulak! 

Ulam-ulaman boleh makan tak? memang disyorkan!

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Makan sayur? selain daripada sayuran menjalar, tentu boleh. 
contoh:
kangkung? no
sawi? yes

buah? setahu aku, durian aje boleh sebab panas. entahlah... yang lain? no!

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

ni nak bagi satu resepi mudah. aku dulu masa dalam pantang, cukup selera makan nasi dengan lauk ni. aku namakan dia tumis asam ikan pantang.

bahan: untuk sorang makan, okey!

2 ekor ikan senangin / selar
bawang putih 5 ulas  }
bawang besar 1 biji   }hiris
halia tua 1 inci           } 
halia muda 2 inci hiris halus
lada hitam tumbuk/kisar halus
air asam jawa satu mangkuk
cara:
tumis bahan hiris kasi layu aje. masukkan ikan yang dah digoreng. masukkan air asam. bila dah pekat, tambah garam, gula, dan halia muda serta serbuk lada hitam.
hidang dan makan masa panas2...hmm bestnyerr!

okey selamat mencuba. 

Ulasan

  1. Wah...sedap resipi ni. Mamam pun makan resipi gitu2 gak...sodapppp. Laa ni pun suka lauk camtu.

    BalasPadam
  2. @mamawana
    memang sedap kalau kita makan panas2, berasap!! mama ada resepi tak? boleh kita share di sini. khas utk mereka yg sedang berpantang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen