Langkau ke kandungan utama

amalan semasa berpantang 1

1. bengkung 
berbengkung ni paling penting. beli aje set bengkung ni. ada banyak kat pasaran. yang terbaik tentu bengkung yang dipakai oleh mereka yang berketurunan jawa. siapa yang pakai bengkung ni, fuh...cayalah!  kemas badan dari ponggong sampai ke payudara.  


2. berurut
dah payah dah nak dapat makcik yang betul2 pandai mengurut ni. tapi ia sangat perlu! kalau x dapat lamapun, 3 hari aje, jadilah!


kenapa urut penting? 
• melancarkan perjalanan darah 
• mengeluarkan darah kotor ada lagi kat dalam rahim tu 
• menaikkan rahim (ini sebab utama!) 
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya 
• memecahkan lemak
• mengetat dan membentuk tubuh. 


turut diurut oleh mak bidan yang pandai ialah bahagian payudara supaya tak bengkak dan air susu keluar dengan lancar. kalau tidak... boleh demam wehh bila payudara bengkak! tapi, kalau bengkak juga dan anda demam, kan...suruh suami beli kobis, buka kelopaknya (tak payah basuh) letak kat payudara anda... nanti, kuranglah rasa berdenyut tu... ni petua mak aku, okey!


3. bertungku 
orang dulu2 guna batu sungai aje, ringan! tapi sekarang ramai yang beli tungku macam kat gambar tu. bertungku ni dibuat pagi hari. seelok-eloknya sebelum pakai bengkung. 

buat macam mana? anda bakarlah tungku. sambil tu bentang kain, letak daun serai wangi, lengkuas, pandan, kaduk. dah panas (janganlah sampai merah pulak! hehe..), bungkus! lepas tu, bertungkulah! ambil masa! relaks. tungkulah kat ari2, paha, pinggang, perut..
kenapa bertungku, ya?
nak bagi rahim anda cepat kecutlah! juga nak bagi darah beku keluar. tempoh berpantang orang melayu biasanya 44 hari. dipercayai, kalau darah dan lendir keluar sepanjang masa tu, sihatlah anda nanti. kalau tak, maknanya rahim x cukup bersih. ini yang nanti akan mengganggu kesihatan wanita dalam jangka masa panjang. selain tu, bertungku juga untuk memecahkan lemak, kecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin, kembalikan tubuh (dalam & luar) ke bentuk asal. bertungku juga menaikkan rahim ke atas (disengkak). penting ni! nak tahu! kalau rahim anda jatuh, nanti bila batuk @ bersin aje, anda terkencing. hah... kan x elok tu?

4. makan jamu 
arwah mak aku dulu bagi aku minum air kunyit hidup yang ditumbuk dan ditapis selama seminggu sebaik lepas bersalin. jugak kuning telur yang dituang madu. untuk jamu, makan rempah ratus yang serbuklah! dia tak suka yang kapsul. terpaksalah patuh!

sekarang anda okey. ada banyak jenama di pasaran, kan? pilih ajelah!


jamu dimakan/minum supaya anda dapat balik tenaga anda, panaskan badan, buang lemak dan toksin dan lawaskan perut. (dalam pantang, mudah sembelit, tau sebab anda kurang minum air.) jamu juga kecutkan organ, otot dan urat tubuh anda. jamu buangkan kandungan air berlebihan dalam badan. jamu perlu untuk buang angin dalam badan. juga, untuk kempiskan perut. 

5.mandi dengan herba dan akar kayu 
arwah mak aku rajin. tiap pagi, dia masak air dan masukkan segala herba, akar kayu dan rempah semasa aku dalam pantang. 


kalau susah sangat nak dapat yang ditanam macam serai wangi tu, anda beli aje. ada yang dah siap pakej dah. guna jenama set selapan, 


mandi air akar kayu ni penting untuk mengembalikan kecergasan, membuang angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus. 


untuk bahagian sulit, cuci dengan air daun sirih. ini akan membersih, membunuh kuman serta merapatkan vagina. 


lepas mandi, guna minyak dan param segala...


minyak tu sapulah di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini dapat hilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit. kalau anda lakukan lulur, lagi bagus. ia dapat melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit. 


amalan berdiang, bertangas dan pilis juga elok diamalkan. 

6. kesimpulan. 
berpantang bertujuan nak bagi rahim sembuh sebab rahim ni nyawa kita orang perempuan. sihat rahim, seluruh tubuh kita akan sihat dan wajah akan berseri.

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…