apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.12.10

aku suka makan di Lambai

suka makan di kedai mamak tak? tak suka? alaa... tapi aku suka. dan, aku rasa, ramai daripada anda yang membaca 'luahan' pun suka juga, kan? cuma tak nak mengaku aje, betul tak?

aku mula kenal kedai mamak selepas berkahwin! kedai haja di kulim ni dulu kecil aje. lebih layak digelar gerai. tapi sentiasa penuh orang. 

apa yang syok kedai makan mamak ni? 

tentu aje servis diorang. mulut manis tu yang best. bila duduk aje....

pelayan/pekerja: minum apa, adik manis? (sikit punya lembut ke? kita yang dah berumur dipanggil adik manis. hehe.. senyum meleretlah jawabnya.)


aku: air sirap

dia akan jerit lepas tu...

sirap wuunee... (sirap satulah, maksudnya!)

pelayan/pekerja: makan?

kita pun jawab, nak makan nasi.

wah..dia akan jemput kita pergi berbaris tu.."sini mari adik manis, tunggu sini sikit jam jugak!"

tu masa di gerai. sekarang, kedai haja dah naik taraf menjadi restoran. berubah tak cara mereka melayan pelanggan? 

bulan 5 hari tu, balik dari changlun, kami sekeluarga singgah. tahu tak macam mana mereka menyambut kami? hehe... geli hatilah pulak.

"salam, kakak! sudah lama tak nampak. mari! mari! duduk! mau makan apa?'

ya, ya..macamlah mereka semua tu cam kitorang. tapi itulah yang membuatkan aku sekeluarga suka makan di sana walaupun banyak kedai melayu dan makanan segera. 

sambung cerita....

encik suami pun orderlah. tak sampai 10 minit semuanya dah terhidang. panas2. yang ni yang aku suka kedai mamak, okey! lauk dan nasi diorang selalu panas. sebab itu aku rasalah okey...ini pendapat peribadi sahaja...jarang orang keracunan makanan balik makan dari kedai mamak sebab lauk dia, nasi dia, selalu panas. walaupun ramai yang cakap, kadar kebersihan kedai mamak ni ...teruk!

di teluk intan, kedai mamak kegemaran aku namanya kedai lambai. tepi sungai dan memang hodohlah kedudukannya tapi kalau dah suka, nak buat macam mana, kan? 

trade mark kedai ni ialah ayam goreng dia. memang...fuhh... dah terliur dah ni! 

aku dah curi satu resepi popular diorang... hehe, bukan curilah! resepi allahyarhamah mak mentua turun temurun. daging berempah yang rasanya sebijik macam yang ada di lambai dan haja. sedapp.. 

bab makan, aku memang fussy sikit. cerewet, yeah! paling aku pantang, kalau aku dah duduk, pelayan tak sampai-sampai. makkkk, memang berasap kepala aku ni. 

ada satu restoran ni, aku dah tak mahu jejak dah. benci aku dengan sikap sombong mereka. duduk dah sejam lebih, air pun x sampai2, apa cer? 

jadi, korang nak kutuk ke, geli hati ke, cebik ke, x kisahlah. aku tetap dengan kedai mamakku, hehe....

p/s: kedai mamak yang ori, okey. yang x ori pun ada juga. anda boleh kenal punya! 

2 ulasan:

  1. lama tak makan kat kedai mamak tu.. da lama tak gi teluk anson..walaupun selalu balik kg gajah

    BalasPadam
  2. @laGenDA KodOk HijAU
    hai, kan dekat aje tu? teluk intan ngan kg gajah? jom makan kat lambai sama2 hehe..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.