aiyaa..., itu lumah talak ong owhh

pernah dengar tak orang tua-tua berpesan? kata mereka, kalau nak beli rumah, pastikan pintu depan tu mengadap matahari terbit. kenapa? kata mereka lagi, supaya rezeki tuan rumah murah. ehmm...mana tak murah kan, kalau dah bilik utama kena cahaya matahari (bilik utama kan selalu terletak di sebelah depan?). pagi buta, panas matahari... nak tidur camne, betul tak? 


rumah siapa kat atas tu? eh..hmm..tulah rumah bekas mb selangor. rumah ni terletak di hujung jalan mati. nak tau apa seorang pakar 'feng shui' ni kata? 

"terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik. Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U. Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,”  

hahaha...macam2, kan? tapi aku nak ingatkan pada anda semua! janganlah percaya! hati ni, nak tenang ke, nak gelisah ke, semua atas perbuatan dan iman kita aje..tak adanya disebabkan feng shui atau tuah rumah ke, tuah badan ke...

ouch...terasa ke? 

sumber: kosmo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen