Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

CATATAN TERAKHIR

assalamualaikum dan selamat sejahtera
hai, hai, 2011 and bye, bye, 2010....

it is the last day of 2010. so sad to let it go and so anxious to welcome 2011. rasanya, banyak yang tidak tercapai lagi meskipun 2010 mencatatkan satu memori indah dalam kehidupan seorang sofi. 
hasrat untuk menjadi seorang penulis, sudah tercapai walaupun di usia yang terlalu lewat ini...syukur, alhamdulillah. aku berdoa agar Allah terus memberikan diri ini ilham dan kemampuan untuk terus berkarya. dan, agar Allah juga mengizinkan setiap hasil penulisanku disukai ramai. bukan setakat novel dan cerpen malah setiap apa yang tercoret di blog ini juga....
semalam, aku masukkan semula kotak lagu ke dalam blog ini. mungkin ada yang cakap, amboi mak cikgu sofi ni, dicampuradukkannya lagu maher zain dengan lagu orang putih. lagu berunsur ketuhanan dengan lagu cinta.. apalah nak jadi dengan orang tua ni?? hehe... lagu-lagu yang berada dalam ni semuanya lagu-lagu yang aku sukakan liriknya. kerana jiwa halus ini...haha... …

RASUAH TERUS-TERUSAN

assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kisah rasuah bagaikan duri dalam daging yang sering dikaitkan dengan warga pentabiran awam dan swasta negara. di mana-mana di malaysia, rasuah dianggap sebagai sesuatu yang sinonim dengan rakyatnya. di kedai kopi, di tepi jalan, di pejabat berhawa dingin, pasti akan ada aktiviti begini kerana ada yang hendak memberi. budaya, orang memberi, kita merasa, menyebabkan rasuah menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini. 
ada yang marah? tak percaya? bukalah metro atau mana-mana paper. minggu lepas, seorang anggota polis trafik di sabitkan kesalahan kerana menerima rasuah. lagi? hehe..amalkanlah budaya suka membaca, ya...
ironinya bila reuters melaporkan bahawa ada seorang pegawai sebuah syarikat telekomunikasi malaysia menerima rasuah jutaan ringgit daripada syarikat alcatel, kenapa anda @kita harus marah? harus terkejut? baru sibuk nak siasat? siap pesan lagi supaya rakyat jangan terburu-buru menuduh? whoa....

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Suruhanjaya Penceg…

DIA 'BERI' ADIK PADA KAWAN

aneh, kan.... bila seorang abang merelakan adik sendiri 'main' dengan kawannya? 
dah jadi macam cerita chentalah pulak. tapi, dalam chenta, si kamal lakonan mantap azhar sulaiman merelakan adiknya, chenta, (fasha sandha) dirogol oleh orang tua kutuk si pak haji lakonan abu bakar juah yang menjengkelkan itu. 
eh, aku bukan nak cerita tentang chenta pulak ni...
balik kepada kisah si abang tadi. dah diberikannya adik dia kepada kawannya, mereka pun pergi ke hotel, sewa dua bilik. dia dengan pasangannya dan pasangan adiknya tadi! nak buat apa? huh!!! untuk memadu asmara di siang hari... mak???
tapi, kedua-dua pasangan muda yang bukan muhrim ini ditangkap oleh pegawai-pegawai daripada jabatan agama islam kedah, alhamdulillah! 
berleluasa sungguh perlakuan seks bebas begini? 
di mana silapnya? siapa yang silap? atau apa yang menyilapkannya? 
jomlah fikirkan bersama-sama! 
sumber.......sini

Menang, cuti..dan....

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi. — Bernama.
Cuti? wah, seronoknya! 
tahniah pasukan bola malaysia, ya! ehh, dah lewat ke? belum? hehe... semalam x sempat ucap. kira oraitlah, kan? ucap jugak! yang penting, teruskan beri yang terbaik untuk negara......
dalam metro jugak ada satu artikel yang menyebut bahawa PM mahu agensi kerajaan turun padang dan menyelami masalah rakyat. selaras dengan itu, Biro Pengaduan Awam (BPA) perlu diperluaskan merangkumi kawasan Parlimen di seluruh negara bagi memastikan rakyat boleh mengemukakan aduan mereka secara terus.

eloklah tu, kan? adalah tempat untuk rakyat mengadu di kawasan berhampiran tempat tinggal, jadi tidaklah perlu terpaksa pergi ke Putrajaya pulak, setiap kali hendak berkisah.
lagi cepat disiapkan kaunter, lagi bagus, okey?


sumber:sini

AKHIRNYA....

bercakap tentang domain, hosting dan semua berkaitan blog, memang memeningkan... 

nak tahu? aku beli domain + hosting daripada netkl. dengan gembiranya aku dapat satu wordpress blog. dari dulu, minat gila padanya tapi itulah saja yang aku mampu lakukan iaitu minat > tengok > renung..... 


tiap kali nak ubahsuai, habislah... baru dua hari hari tu, aku belek apa ntah, rosaklah blog wp itu! sampai x boleh nak bukak langsung domain yang baru dibeli..hehe...


sudahnya aku buat keputusan dan sangat-sangat berterima kasih kepada tenaga kerja netkl yang sudi membantu aku balik ke blogger maka terbentuklah luahan dengan domain sendiri di sini. 


sedih jugak, tapi sebab dah dapat guna juga theme wordpress ni, okeylah, kan! x apalah kalau tidak mampu secanggih mereka yang betul-betul menggunakan segala php term whatsoever...


biarlah aku setia dengan blogger sahaja walaupun sedikit curang kerana menggunakan wp2blogger template. hmm...


ada yang hendak menukar ke domain sendiri? cubalah... x ada apa-a…

SELAMAT DATANG KE sofipublications.com

anda yang disayangi...
aku minta maaf sebab kalau ada kesulitan untuk anda melayari laman ini sejak kebelakangan. insyaallah, mulai saat anda membaca entri ini, anda sudah pun boleh melayari sofipublications.com, nama baru bagi anneali.blogspot.com. okey selamat mencari apa yang anda ingin dan tolonglah beri maklum balas untuk sofi mengetahui di mana kekurangan dan sebagainya.
masih belum sipa sepenuhnya, okey..tapi kena pelan pelanlah hehe....
best of luck.

DUA KALI MATI? ANDA MAHU?

pada hari rabu lalu, (dah seminggu dah..), doktor kata, wanita ini yang berusia 88 tahun, berasal dari sao paolo, brazil, sudah mati. namun ketika di dalam keranda, dia terjaga 4 jam kemudian. wahh... kalau aku ada di situ, tentu aku menang larian pecut 100m. wehh, bukan lari kerana takut, tau..lari kerana terkejut, waaahhaa...
bagaimanapun, wanita itu akhirnya mati juga dua hari kemudian.  begitulah, kan, kalau sudah ajalnya! aku tertanya2, kalau akulah mati dua kali, apa akan jadi pada diri ini? apakah akan insaf? akan adakah ruang untuk bertaubat? akan berpeluangkah mencurah kasih yang mungkin terkurang selama ini? ataukah terus tidak mampu melakukan apa-apa kerana sudah 'nampak' apa yang bakal terjadi di 'sana'? 
hanya Allah...Maha Mengetahui

ANTARA PTPTN, BOLA DAN BUANG BAYI

ada dua perkara menarik perhatianku pagi ini.  hai..sofi? x ada salam, x ada mukaddimah.. whoa? okey.. salam. apa khabar anda semua?  baik? sihat? alhamdulillah.  dah baca paper dah?  asyik dengan cerita bola, ek? kalau menang, biasalah.. riuh sekampung..  aku harap sangat agar di indonesia nanti, pasukan bola malaysia akan bersikap menyerang yang sama. memang, aku tengok dalam semua gamelah... terutama bolasepak. kalau kita (ewah! kita?) main menyerang, insyaallah boleh menang. tapi kalau asyik bertahan? punahlah harapan.  aku sebenarnya tertanya-tanya, mengapa final sampai dua kali? game yang awal, okeylah, ini final pun kena buat dua kali ke? kalau nak ikut uefa, ikutlah betul-betul! buat undian nak buat final di mana, kan?  isy, ada orang marahkah?  aku cakap macam gitu sebab malaysia menang. cuba kalau indonesia yang memang hari itu, tentulah aku sokong final dibuat dua tiga kali pun, huhu.... dua berita dalam kosmo menarik perhatianku iaitu  1. anak muda yang pinjam ptptn tapi x reti-reti n…

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, CIKGU!

salam... selamat pagi, good morning, ni hau ma, vanakam, namaste...hehe..  ceria betul ek pagi selasa ni?  mestilah.... sebab nak ambil mood nak ke sekolah pagi ni, ada mesyuarat guru kali pertama sesi 2011.  dah nak buka sekolah dah, kan? alhamdulillah.....  memang excited nak ke sekolah ni sebab dah sebulan mulut tak cakap banyak. ada tidak pun, asyik membebel melalui entri wakakaa... macam-macam aku ni! okey, kepada cikgu-cikgu yang sempat tengok blog pagi ni (macam aku yang sempat jugak masukkan entri), hmm...  selamat memulakan tugas 2011 mulai hari ini sebab esok ada meeting, lusa pun! then hari jumaat rehat sat. lepas tu, 3 januari, kita akan terus mengajar.  harap-harap, dapatlah mengajar maths dan fizik sepertimana yang diminta...  owhhh, aku memang selalu bernasib baik, alhamdulillah...  kelas maths aku memang selalu yang depan dan subjek fizik pun gitu jugak.... so masalah disiplin memang sangat, sangat..... sifar. hehe. kira oraitlah.... okey, bye... assalamualaikum... okey, nak siap…

PENING

rasa dah macam orang x siuman pulak. seharian menghabiskan masa depan komputer untuk blog wordpress, huhu...


kesian kat blogspot aku ni ha... hai...


so, baiklah aku relaks dulu, masukkan entri. okey, nak novel? hmm, malam nanti kot? kot, okey! hehe....


baiklah, jangan marah entri ni pendek sangat. sayang anda semua. 


tengah blurrr...



MACAM NI PUNYA ORANG PUN ADA?

membaca metro tentang aduan 'putera katak' di balai polis, membuat bulu roma aku meremang. lalu hati pun bertanya, macam ni punya orang pun ada? kenapa dia ada? jalanraya atau lebuhraya tu, bapak dia yang punya ke? ewah, marah tu...
takdelah, kan....
kisahnya begini. siputera katak ni memandu di lebuhraya duta-hulu kelang melalui ampang. pada satu ketika ni, dia mengekori kereta yang lembab macam mak ngut.. dia pun potonglah. lalu pemandu kereta yang dipotong itu pun terus tunjuk parang. 
wahaa.... kalau aku pun aku kecut jugak. apa kes tunjuk parang bila orang memotong? tak kan itu pun nak marah kot?
kesian putera katak tu...
kisah seterusnya dalam .... sini

SERONOK SETELAH DI 'REVIEW'

Akhirnya setelah lama dinanti-nanti, blog luahan aku ini pun direview oleh tuan punya blog riwayat hariku
seronok seyyy... kena review tambah-tambah bila dipuji hehe...thanks sop dan juga kawan-kawan yang sudah mengomen. 
aku harap bagi anda yang dah baca entri ni nanti pun tolong komen,, ehhh..hehe..
tapi sebenarnya, aku sedih nak beritahu korang ni yang x lama lagi, blog-blog blogspotku ini akan aku tutup. ha'ah... dah malas berblogging dah...
iya ke? 
xdelah!!
kawan-kawan, aku rasa dah sampai masa aku mempunyai blog dot com. blog jenama aku sendiri. so aku harap korang semua nanti akan masih menyokongku. nanti, bila dah siap sepenuhnya, aku warwarkan, okey!
okey... selamat membaca review tersebut. 
thanx and love you all

CINTA TANPA RESTU

JOHOR BAHRU: Umpama filem Tan Sri P Ramlee ‘Antara Dua Darjat’, seorang bapa didakwa cuba memisahkan perkahwinan anak perempuannya yang bergelar ustazah disebabkan enggan menerima menantu yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
baca tajuk aje, dah terkejut beruk, kan? tidak aku sangka bahawa kini, hari ini, masih ada ayah yang sebegini keras menghalang sebuah perkahwinan? dan, masih ada seorang anak perempuan yang sanggup membelakangkan keluarga dan bernikah di thailand kerana cinta? lebih aku terkedu ialah kerana anak perempuan ini seorang ustazah...adoyai!!!
Lantaran tidak merestui perkahwinan itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul mendakwa bapanya memaksa dia membuat laporan polis mengatakan suaminya memukau, memukul serta mengancam nyawanya. Terbaru, kata Nurul, bapanya membuat permohonan kepada Jabatan Pelajaran supaya dia ditukar mengajar di sekolah lain ajar dia berjauhan dengan suaminya.
Menurut Nurul, dia berkawan dengan suaminya selama enam tahun sebe…

SAMPAI HATI MEREKA?

dapat aku rasakan betapa hancur hati seorang ibu yang telah mendidik dan membesarkan anak-anak sepenuh kasih sayang, bila mendapati anak-anak kesayangan yang sedang lena, tidak tidur sendirian selayaknya gadis belasan tahun melakukan pada waktu dinihari. 
terbantut hasratnya ingin menyelimut anak yang difikirkan sedang kedinginan bila mendapati bukan sorang tetapi kedua-dua orang anaknya yang masing-masing baru berumur 13 dan 15 tahun sedang enak berpelukan dengan teman lelaki masing-masing yang berumur 17 dan 20 tahun. 
sedih! memang menitis air mata ini bila membaca artikel dalam metro pagi ini. dapat kuselam kekecewaannya. dapat kurasa kesedihan dan kedukaan yang melanda. bukan sahaja aku bersimpati kepada si ibu malah aku turut bersimpati dengan si ayah. nasib baiklah, iman masih menebal dalam dada kedua-dua ibubapa. bagaimanakah sekiranya syaitan mengaruk dan menyuruh si ayah membunuh? aduhai.... nauzubillah!!!
eloklah dibawa kedua-dua 'jantan' itu ke balai. memang patutpun!…

cik kom yang mengada-ngada

seharian tidak mampu menahan marah, geram dan sakit hati kepada....cik kom. masa inilah pulak hendak buat hal, arghhh... geramm.
siapa cik kom? bukan oranglah... komputer ni ha.... mengada-ngada. kepada anda yang ternanti-nati episod baru novel-novel sofi, harap bersabar, ya. 
insyaallah... akan ada nanti.
salam.




SELEPAS MENJADI JANDA

tidak ada yang berkahwn untuk bercerai, kan? tapi jika bercerai jugak?
aku ingin menyelami hati wanita yang sudah bergelar janda. 
ramai janda di dunia, di malaysia, di mana-mana. istilah janda ini kalau dulu, amat ditakuti wanita. malu jika diceraikan. memang seolah-olah, wanita 'janda' ini sangat menakutkan khalayak. yang dah berkawan pun boleh mencipta 'musuh' takut kawan yang dah menjanda ini menggoda suaminya pula. aduhh...
ada janda yang mampu menangani hidup. walau berpelajaran tinggi, walau hanya bersekolah atap, tapi hidup perlu diteruskan. yang memiliki ijazah dan bekerja tetap, mungkin... hanya perasaan dan emosi sahaja yang terganggu. dari segi kewangan, anda mungkin bernasib baik. bagaimana pula dengan mereka yang tidak ada pendidikan? 
golongan sebeginilah yang sungguh malang kerana terpaksa membesarkan anak-anak dalam kedaifan walau ada nafkah dititipkan bekas suami. 
aku pernah melihat seorang wanita membesarkan 10 anaknya, reda dengan hidupnya hanya dengan …

SAAT KENANGAN MENGIMBAU

hari ini, sabtu, 25 disember, hari krismas. kepada kawan2 yang meraikannya, semoga gembira. lepas 25, tentunya 26 disember dan tanggal ini, aku ingin kita menginsafi takdir dan kelukaan, kesedihan mereka yang mengalaminya terutama yang telah kehilangan orang-orang tersayang pada 26 dis, 2004 dahulu.
banyak kisah-kisah sedih bakal terungkap bila mengingat semula bencana alam yang meragut lebih 200 ribu nyawa ini. discovery channel astro pasti akan mengulangi semula semua cerita lama itu. kesengsaraan, kepedihan, kehilangan, kerinduan.... trauma... 
kita yang tidak mengalami tsunami itu secara langsungpun, turut dapat membayangkan segala macam rasa yang melanda itu. tapi itulah...berat mata kita memandang, berat lagilah bahu orang yang memikulnya. 
innalillahiwainnailaihi...rojiun.
mari kita baca berita di bawah dan jadikan iktibar. berita yang terdapat dalam
bharian
tekan ajelah... ya!

MEREKA YANG MENANG

sejak hari khamis lagi, hidup aku dah tak teratur dah. tu yang blog pun x sempat nak jenguk. nak menulis? langsunglah!  memang kalut semacam...bagaikan x cukup 24 jam. harap kawan-kawanku semua dapat bertenang dan bersabar selalu. hehe..
anda tengok tak anugerah skrin semalam? dahsyat eh? a..'ahh aku bukan nak mengata, okey. nak puji sikit sebenarnya. rasa2 akulah, kan...ASK semalamlah yang artis wanitanya ramai yang berpakaian lebih senonoh berbanding masa anugerah yang dulu-dulu. ada tidakpun, 2 orang aje yang melebih sikit.... 
suka tengok lisa surihani.... cantik... walau bajunya x terbelah sana sini, lurah pun elok ditutup, merah pulak tu... aku suka... hehe...comel sangat apatah lagi ada si cilik mia sara, memang sepadanlah... di bawah ni senarai pemenangnya....
Drama Terbaik - Antara Garisan Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)  Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)  Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan) 

BILA MAHATHIR JUMPA SHAH RUKH

tak sangka che det pun minat kat shah rukh. kalau aku ni logik gak lah, hehe... semua filem dia aku tengok tapi bila che det cakap dia tengok my name is khan...wow!
bertuahnya badan dapat ke india, terutama bila disambut oeh srk. tangkap gambaq banyak2 na, che det...pastu upload kat blog. nnt che pinjam. hehe...
ni aku dapat di berita harian. 
NEW DELHI: Apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Mumbai menjelang Hari Krismas, beliau akan menjadi tetamu kehormat bintang pujaan Bollywood, Shah Rukh Khan. 
Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya kini melakukan lawatan peribadi ke India, akan tiba di pusat kewangan India hari ini, dan Shah Rukh Khan akan menjadi tuan rumah kepada negarawan ulung itu.
"Apabila beliau dapat tahu saya akan datang ke India, beliau kata saya mesti pergi ke Bombay (Mumbai). "Beliau lebih daripada seorang sahabat daripada peminat. Saya kenal dengannya sudah agak lama. Filem terakhir beliau yang saya tontoni …

LELAKI LEBIH RAMAI DI MALAYSIA

Ni berita yang agak mengejutkan aku. tak dapat nak percaya jugak sebenarnya tapi takkanlah kajian ini bohong pulak, kan?   
di Malaysia kini bilangan lelaki mengatasi bilangan perempuan, tau. Nisbahnya, 105:100. bilangan lelaki ialah 14,112,667 dan bilangan perempuan ialah 13,453,154. haha... jadi, x betullah andaian yang wanita lebih ramai tuu...

BARU 4 HARI....

bagaimanakah agaknya perasaan seorang gadis yang baru 4 hari mendirikan rumahtangga dan tiba-tiba suami yang baru menikahinya itu pergi dijemput Tuhan, pergi yang tidak akan kembali lagi?
begitulah nasib yang menimpa seorang isteri malang di johor bila suami kesayangan meninggal dunia ketika si suami hendak menukar mentol lampu yang terbakar semalam. yang lebih menyedihkan ialah majlis menyambut menantu di rumah pengantin lelaki akan berlangsung lusa (hari sabtu). 
dari jauh, aku turut menyampaikan rasa simpati kepada seluruh ahli keluarga ini. harap mereka bersabar menempuh dugaan maha hebat ini. 
innalillahiwainnailaihirojiun.....
metro

GAMBAR SEWAKTU GERHANA BULAN TERBARU

aku ambil gambar-gambar ni di yahoo. thanx yahoo. tengoklah, ya! cantiknya ciptaan Ilahi.






gerhana bulan penuh



DIA BUNUH DAN MAKAN DAGING MANGSANYA?

Semasa perbicaraan di Mahkamah Crown Leeds yang khusus membicarakan kes-kes jenayah di England dan Wales, seorang pelajar sarjana bidang kriminalogi, bernama stephen griffiths,  mengaku membunuh 3 orang pelacur, Suzanne Blamires, 36, Shelley Armitage, 31, dan Susan Rushworth, 43 tahun. 
dia ni membunuh macam robinhood, pakai panah dan busur segala. lihat gambar.  sebab itu dia dikenali sebagai kanibal busur panah

dia ni kejam gila! tapi dia tak gila. Hakim Justice Openshaw kata, kesihatan mental griffiths telah diperiksa dengan teliti dan dia adalah siuman. kata Openshaw lagi, perbuatan yang dilakukan griffiths itu amat keji sekali kerana dia seperti raksasa, sebab itu dia tak boleh dibebaskan. 
Stephen griffiths dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Griffiths mengaku memanah kepala Suzanne semasa wanita itu cuba melarikan diri daripadanya Mei tahun ini. 
Pihak polis juga percaya pembunuh kejam ini turut terlibat dalam 3 kes pembunuhan lain yang tidak dapat diselesaikan.
Yang lebih menyedih…

UPAH BERPENAT LELAH

Bayangkan anda memasuki sebuah restoran dan anda memesan makanan atau minuman kegemaran anda. apa biasanya yang akan diberitahu oleh pelayan pada anda kalau apa yang anda pesan itu tak ada? 
betul tu! selalunya kita akan diberitahu begini, "hari ni, tak buat menu tu. atau, tak ada." kan? 
berbeza dengan Demi Moore. kenal ke? bekas isteri bruce willis yang kini bertuah kerana kahwin dengan lelaki muda, si ashton kutcher. bertuah ke dia? haha... manalah aku tahu...
okey, demi moore dan suaminya pergi makan di sebuah restoran ni.  kat mana lagi, di beverly hills lah, kan. dia mintak air kelapa, nak minum. 15 minit kemudian, baru pesanan dia sampai. hairanlah dia....kenapa lambat sangat nak buat air kelapa tu? 
punya bagus pengurus tu. dia tahu restoran dia x ada air kelapa lalu dia pun suruh seorang mamat pelayan ni pi cari kat kedai lain. 
oleh kerana terpaksa menunggu lama, demi dengan senyumnya yang menawan tu tanyalah pada pengurus apakah minuman tu 'special order'? dan …